Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    MINI pamer model terkini

    Oleh Pg Fairol RMF

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Sept – Pelbagai model kereta baharu jenama MINI telah dipamerkan sepanjang Jerayawara MINI yang berlangsung selama tiga hari hingga hari ini di Atrium The Mall, Gadong.

    Dengan adanya jerayawara tersebut, orang ramai berpeluang mengetahui lagi kehebatan jenama MINI dan juga model-model terkini yang sudah menjadi kereta rebutan di Negara Brunei Darussalam terutama kepada peminat kereta buatan British berkenaan.

    Antara yang dipamerkan adalah model terbaharu MINI Clubman S yang kini berada di negara ini. Model ini ditawarkan dengan lebih besar dan lebar berbanding model Clubman sebelum ini. Keluaran MINI tiga pintu dan lima pintu ini dikuasakan dengan generasi terkini enjin MINI TwinPower Turbo 1.5 Liter, 4-Silinder.

    Selain itu, Clubman turut menawarkan fungsi membuka bonet kereta secara automatik dengan menggunakan kaki di bawah bonet.

    Model MINI ini juga mempunyai transmisi Sport Automatic lapan kelajuan yang memberikan pengalaman pemanduan yang sportif. Ia juga dilengkapi pelbagai sistem bantuan pemanduan termasuk Park Distance Control dengan sensor depan dan belakang, kamera belakang, cruise control dengan fungsi brek dan bantuan letak kereta.

    Turut dipamerkan semasa jerayawara berkenaan adalah MINI Hatchback, MINI Coupe, Mini Countryman dan juga pelbagai koleksi gaya hidup MINI dengan rekaan terkini untuk pelanggan setia.

    QAF Auto Sdn Bhd selaku pengedar rasmi kenderaan MINI di negara ini menyediakan pakej MINI Service Inclusive selama lima tahun atau 100,000km.

    Antara pelanggan yang menyaksikan lebih dekat model MINI lima pintu baharu semasa jerayawara MINI di The Mall, Gadong.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda