Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Minjee Lee menangi Terbuka LA

    LOS ANGELES, 30 April – Minjee Lee dari Australia menjauhkan kedudukan dengan pusingan penamat tiga bawah 68 untuk memenangi Terbuka LA dengan empat strok dan memenangi gelaran Jelajah LPGA AS kelima sepanjang kerjayanya.

    Pemain itu, 22, dari Perth menamatkan 14 bawah 270, empat strok di depan pemain tangga kedua Kim Sei-young dari Korea Selatan.

    Lee memenangi AS$225,000 bagi hadiah tempat pertama dan mengumpulkan perolehan sepanjang kerjayanya kepada AS$5.32 juta, menjadikannya pemenang ketiga tertinggi pada keseluruhannya dari Australia.

    Dari segi kemenangan, hanya Karrie Webb, dengan 41, Jan Stephenson (16) dan Rachel Hetherinton (lapan) memiliki lebih banyak gelaran berbanding pemain dari Australia itu.

    Lee memulakan pusingan keempatnya pada Ahad dengan mendahului satu strok ke atas Nanna Koerstz dari Denmark yang terjejas kepada lima di atas 76.

    “Saya hanya akan meneruskan permainan saya,” kata Lee. “Saya mencatatkan beberapa peluang birdie jadi saya tidak terjejas.

    “Saya memukul dan beraksi dengan kuat, jadi ini dirasakan bagus.”

    Kim mencatatkan salah satu pusingan terbaiknya hari tersebut dengan 66 tetapi ia tidak cukup untuk mengejar Lee. Annie Park dari AS, dengan 67, dan Morgan Pressel terikat bagi kedudukan ketiga pada lima bawah, ketinggalan lima pukulan di belakang Lee. – AFP

    Minjee Lee bergambar bersama trofi kemenangannya selepas perlawanan tersebut. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda