Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Minji tak pernah makan Kalguksu

    Anggota kumpulan Newjeans dari Korea Selatan iaitu Minji tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dia dituduh bersikap biadab terhadap peminat ketika muncul dalam siaran langsung di laman sosial miliknya baru-baru ini.

    Minji meluahkan rasa kesal apabila dikatakan menggunakan tona suara tidak sesuai dan menunjukkan sikap kurang senang ketika menjawab soalan peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai Bunnies.

    Menjelaskan insiden itu, Minji memberitahu ketika siaran langsung itu, dia cuba berbual secara santai namun provokasi sesetengah pengikut membuatkan dia hilang pertimbangan.

    Memetik laporan mStar, Minji sebelum itu memberitahu tidak pernah mendengar atau mencuba hidangan popular Korea Selatan iaitu Kalguksu yang menimbulkan rasa kurang puas hati dalam kalangan peminat.

    Mereka mendakwa Minji berpura-pura tidak mengetahui tentang hidangan tersebut walaupun menjelaskan dia seorang pemilih makanan dan tidak pernah mencuba Kalguksu.

    Menjelaskan situasi itu, Minji memberitahu ketika ditanya tentang perkara itu dia tidak memberi respons secara langsung kepada peminat sebaliknya bercakap sendirian berfikir sama ada dia pernah mencuba hidangan tersebut.

    Minji bagaimanapun menyesal sudah mengecewakan peminat dan akan memperbaiki sikap apabila bertemu peminat secara maya pada masa depan. – Agensi

    Minji dituduh menipu tidak pernah makan hidangan dikenali sebagai Kalguksu. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...