Ramai artis telah menerima pengajaran dalam perbualan yang kurang elok dan seharusnya dicegah daripada mesej Instagram, tetapi sebahagiannya tidak membantu diri mereka sendiri.
Lee Jong-Hyun, pemain gitar dan penyanyi kumpulan Korea, CNBlue antara bintang yang menghadapi masalah melalui mesejnya.
Penyanyi yang berusia 29 tahun itu mengumumkan keluar daripada kumpulan tersebut pada 28 Ogos selepas mesej yang menakutkan itu dihantarnya kepada pengguna YouTube telah didedahkan.
Pada hari kejadian itu, pengguna YouTube Park Min-jung, yang mempunyai 250,000 pelanggan telah mendedahkan mesej Jong-hyun kepadanya dengan tangkapan skrin gambar dimuat naik dalam Instagram.
Jong-hyun telah menulis “saya sangat menyukai video-video anda di YouTube. Sentiasa muat naik video-video yang menyeronokkan.” Oleh kerana Min-jung tidak membalasnya, beliau telah menulis lagi dengan ayat yang kurang menyenangkan untuk Min-jung.
Min-jung menjelaskan bahawa keputusannya untuk mengongsi mesej di Instagramnya di mana beliau memberitahu, “saya telah menerima mesej daripada Lee Jong-hun pada baru-baru ini dan saya tahu beliau sedang memperbaiki diri sendiri. Oleh itu saya tidak melayannya. Namun pada kali kedua beliau menghantar mesej, saya berasa kurang senang dan saya risau bahawa beliau akan menghantar mesej-mesej sebegitu kepada orang lain. Oleh itu saya ingin menghentikannya daripada berbuat demikian.
Syarikat pengurusan CNBlue menyiarkan kenyataan bagi pihak Jong-hyun, “Saya adalah Lee Jong-hyun. Sekali lagi saya meminta maaf kepada semua yang saya telah sakiti dengan perkataan-perkataan yang tidak sesuai kepada semua yang telah saya kecewakan. Walaupun sepertinya sudah terlambat, namun saya ingin mengumumkan bahawa saya menarik diri daripada kumpulan CNBlue. Saya meminta maaf kepada ahli-ahli kumpulan dan saya juga sudah memberitahu mengenai hal ini kepada mereka. Saya berasa malu kerana mengecewakan peminat saya. Saya akan menerima kritikan ke atas kesalahan saya dan saya minta maaf,” – Agensi
