Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Minum air parit untuk hidup

    IPOH, 25 JUN – Pelajar tahfiz yang ditemukan semalam selepas tiga hari dilaporkan hilang di kawasan kebun getah di Kampung Tanjong Sejarah, Kampung Tawai, Gerik mendakwa terdengar suara orang memanggil namanya, namun tidak nampak sesiapa.

    Berdasarkan kisah yang diceritakan Muhammad Naufal Adzimi, bapanya, Mohd Harriz Muhamed, 46, berkata anaknya yang berusia 17 tahun itu berada di kawasan sekitar tetapi tidak berupaya untuk menjumpai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sepanjang kehilangannya.

    “Muhammad Naufal Adzimi juga tidak makan selama tiga hari dan hanya minum air parit yang terdapat di kawasan kebun itu,” kata Penolong Jurutera Majlis Daerah Gerik itu.

    Mohd Harriz berkata ketika kejadian, anak kedua daripada lima beradik itu keluar dari rumah pada awal pagi untuk menunaikan solat subuh di Masjid Jamek Gerik sebelum hilang dan tidak pulang.

    Beliau berkata anaknya memberitahu ketika menunggang motosikal seorang diri, tiba-
    tiba dia hilang kawalan sebelum tidak sedarkan diri.

    Mohd Harriz berkata usaha pencarian Muhammad Naufal Adzimi hanya menemukan motosikal ditungganginya di kawasan kebun berkenaan sebelum beliau melaporkan kehilangan anaknya itu kepada pihak polis. – Bernama

    Gambar menunjukkan Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika misi SAR Muhammad Naufal Adzimi Mohd Harris, 17, yang hilang di Kampung Tanjong Sejarah Kampung Tawai, pada 23 Jun lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda