Monday, May 12, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Minum darah buaya untuk kekal tegap

    TRANG, THAILAND, 19 MEI – Seorang ahli perniagaan dari selatan Thailand tular baru-baru ini selepas mengakui bahawa rahsianya kekal tegap ialah dengan minum darah buaya dicampurkan dengan alkohol dua kali sehari.

    Menurut laporan Oddity Central, Rojakorn Nanon, 52, dari wilayah Trang, Thailand memulakan harinya dengan minum segelas darah buaya dicampurkan dengan minuman keras Thai yang digelar lao khao dan mengulanginya sekali lagi sebelum tidur.

    Ahli perniagaan itu mengakui bahawa dia sebelum ini lemah fizikal dan sering keletihan sepanjang masa, namun sejak minum darah buaya, keadaannya berubah. Dia percaya darah itu boleh memperbaiki beberapa sistem organ, pengaliran darah dan sistem saraf.

    Nanon mula mengamalkan minuman itu dua bulan lalu selepas membelinya daripada seorang pemilik ladang buaya, Wanchai Chaikerd, 53 di subdaerah Ban Pho. Wanchai mendakwa bahawa buaya hanya mempunyai sedikit darah – dalam segelas atau dua – maka dia mencampurkannya dengan lao khao. Dia menjualnya dengan harga 200-300 baht (AS$6-9) segelas. – Agensi

    Rojakorn Nanon minum darah buaya untuk kekal tegap. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda