Tuesday, October 8, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Minuman Prime ditarik balik di Kanada

    OTTAWA, 13 JULAI – Minuman tenaga berkafein yang dipromosikan oleh pempengaruh media sosial Amerika akan ditarik balik di Kanada.

    Health Canada kelmarin menyatakan bahawa PRIME Energy, yang mengandungi 200 miligram kafein pada setiap tin, telah melebihi had kafein yang boleh diterima oleh pihak pengawal selia iaitu 180 miligram setiap hidangan dan tidak boleh dijual.

    Baru-baru ini, Senator Amerika Syarikat, Charles Schumer menyeru Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan untuk menyiasat PRIME, jenama minuman yang diasaskan oleh bintang YouTube, Logan Paul dan KSI yang telah menjadi kegilaan dalam kalangan pengikut muda pempengaruh berkenaan.

    Health Canada berkata ia sedar bahawa sesetengah kedai mungkin menjual PRIME Energy — yang berbeza daripada minuman Prime Hydration yang tersedia secara meluas — tanpa kelulusan. Ia berkata minuman tenaga berkafein dianggap sebagai makanan tambahan dan oleh itu dikawal selia oleh Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada.

    Kedua-dua agensi sedang berusaha untuk menangani isu itu, kata Health Canada dalam e-mel. – AP

    Minuman PRIME Energy dilihat di Detroit pada 24 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda