Minuman pagi amat memainkan peranan penting dalam metabolisme badan dan proses pembersihan perut. Segelas minuman yang menyegarkan dan sihat boleh menjadi cara yang ideal untuk memberikan permulaan hari yang baik. Kaya dengan nutrien, minuman sihat boleh memberikan rupa bersinar pada muka dan tubuh awda merangsang imuniti sendiri. Ia juga terbukti bermanfaat dalam menyembuhkan pelbagai masalah kesihatan.
Jadi, buat langkah bijak dengan menambahkan menu minuman sihat dalam rutin harian awda. Berikut dikongsi lima senarai minuman pagi untuk kesihatan yang awda boleh cuba untuk dapatkan kulit bersinar dan sihat.
1. Air kosong
Minuman paling senang untuk dibuat ialah air kosong kerana ia memberikan hasil yang menakjubkan. Tahukah awda bahawa badan kita terdiri daripada 75 peratus air dalam bentuk cecair dan air mempunyai fungsi tersendiri iaitu memastikan kulit bersih dan sihat.
Jika dehidrasi, ia akan membuatkan kulit kering dan gatal. Maka, pengambilan purata 4.5 hingga 5.5 liter air setiap hari mampu meningkatkan imunisasi badan awda lantas membebaskan semua toksin dalam badan dan mengekalkan keseimbangan pelembap kulit dan mencegah jerawat.
2. Air madu dan lemon
Tambahkan dua hingga tiga sudu madu dan satu sudu jus lemon atau hirisan buah lemon ke dalam air sejuk kerana minuman ini bertindak sebagai detoks dan menghasilkan komponen antioksidan dan anti-penuaan. Ia juga membantu membersihkan toksin berbahaya dalam badan awda dan juga membantu dalam penurunan berat badan.
Khasiat madu ini banyak, antaranya ia mempunyai nutrien anti-penuaan, mengekalkan kulit anda lembap. Selain lemon pula, ia mengandungi vitamin C, membantu membina sel kulit baharu dan peremajaan kulit.
3. Air buah
Buah-buahan kaya dengan vitamin dan mikronutrien. Buah-buahan seperti lobak merah, ubi bit, delima dan juga sayur-sayuran seperti ubi keledek kaya dengan mineral dan vitamin yang membantu dalam mencegah jerawat dan meningkatkan kulit yang sihat.
Lobak merah dan ubi bit mengandungi vitamin A – menghalang jerawat, kedutan kulit, pigmentasi dan membantu mengekalkan kulit yang sihat. Jus bit pula membekalkan peredaran darah yang baik dan mengekalkan kesihatan kulit. Awda juga boleh mencuba minuman salad, tomato dan timun kerana ia mencegah jerawat.
4. Teh hijau
Jika awda seorang pencinta teh, tambahkan rencah teh hijau atau teh lemon ke dalam diet minuman. Ia membantu menghalang pertumbuhan jerawat dan mengandungi vitamin C.
Kedua bahan tersebut akan memastikan kulit awda sentiasa sihat dan bersinar secara semula jadi.
5. Susu kunyit
Kunyit adalah ubat tradisional dan bertindak sebagai agen antibiotik dan antivirus. Ia kaya dengan antioksidan yang melambatkan proses penuaan.
Awda hanya perlu menambah satu sudu kunyit ke dalam susu atau air panas setiap pagi, ia memberikan hasil yang baik untuk kulit yang sihat. – Agensi