Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Minyak dan gula bersubsidi dirampas

    LABUAN, 9 OGOS – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Labuan merampas 1,496 peket minyak masak bersubsidi satu kilogram (kg) dan 297kg gula dari sebuah kedai runcit di Kampung Sungai Keling, di sini, semalam.

    Pengarah KPDNHEP Wilayah Persekutuan Labuan, Junaidah Arbain berkata, rampasan dengan nilai keseluruhan RM4,586.45 itu dilakukan oleh pasukan penguat kuasa semasa pemeriksaan rutin mengenai pematuhan penjualan barangan kawalan bersubsidi oleh peniaga pada jam 4.30 petang.

    Katanya, pemilik kedai runcit tersebut tidak memiliki lesen di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk menjual barangan kawalan tersebut. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda