Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Minzy tubuh agensi sendiri

    Bekas ahli kumpulan 2NE1 dan artis solo Minzy telah menubuhkan agensi sendiri.

    Minzy meninggalkan YG Entertainment pada tahun 2016 dan menyertai The Music Works untuk dipromosikan sebagai artis solo.

    Dia meninggalkan The Music Works pada April 2020 setelah perselisihan undang-undangnya dengan agensi itu diselesaikan.

    Dia mengeluarkan album single ‘Lovely’ pada bulan Mei untuk memperingati permulaan kariernya yang baharu.

    Pada 22 Oktober lalu, dilaporkan bahawa Minzy telah menubuhkan agensi baharu bernama MZ Entertainment dengan pakar pengurusan Gong Soon Yong untuk memupuk bakat artis-artis muda.

    Minzy telah menubuhkan agensi baharu bernama MZ Entertainment dengan pakar pengurusan Gong Soon Yong untuk memupuk bakat artis-artis muda. – Agensi

    Gong Soon Yong akan menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO) agensi baharu itu.

    Kedua-dua pengasas menggabungkan pengalaman 11 tahun Minzy dalam industri hiburan dengan 30 tahun pengalaman perniagaan Gong Soon Yong.

    MZ Entertainment akan mengendalikan sekolah tarian dan membina sistem latihan pakar dengan bantuan pakar luar seperti peguam Jo Suk Geun.

    Nama itu berasal dari niat agensi untuk mencipta bintang dari generasi “millennium Z”, memupuk bakat dan watak mereka menjadi pasukan impian, dan menyokong promosi mereka sebagai artis yang cemerlang di masa depan.

    Minzy juga akan menjalankan aktiviti solonya di bawah agensi ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda