Mir sedia rebut gelaran MotoGP dunia

ALCANIZ, SEPANYOL 22 OKT – Walaupun tidak menjuarai perlumbaan sejak 2017, pelumba Sepanyol, Joan Mir semakin menghampiri gelaran MotoGP dunia hujung minggu ini.

Pelumba berusia 23 tahun itu hanya mempunyai kelebihan tipis enam mata mengatasi pencabar dari pelumba Perancis, Fabio Quartararo menjelang Grand Prix Teruel, Ahad ini.

Bagaimanapun, pelumba Suzuki itu lebih konsisten dalam musim yang lebih pendek dengan tiga kali menduduki tempat kedua dan dua kali tempat ketiga dalam 10 perlumbaan terakhir.

Pada 2019, Mir menyertai 17 perlumbaan, gagal berada di podium dan tamat di kedudukan ke-12 dalam carta.

Musim sebelumnya, dia gagal menyinar dalam Moto2 dengan kejayaan terakhir dalam kempen kejuaraan dunia di Moto3 pada 2017.

Pelumba Sepanyol dengan Suzuki Ecstar, Joan Mir semasa perlumbaan MotoGP Moto Grand Prix Aragon di litar Motorland di Alcaniz pada 18 Oktober. – AFP

Minggu lalu, Mir menduduki tempat ketiga di MotoGP Aragon dengan rakan sepasukan dari Suzuki, Alex Rins menjuarai perlumbaan.

“Ia memang benar-benar positif kerana mendapat mata penting untuk kejohanan,’’ kata Mir kepada motogp.com selepas menyaksikan Rins muncul sebagai pemenang kelapan berbeza pada 2020.

Kedua-dua pelumba Suzuki itu dipisahkan oleh pesaing dari Honda, Alex Marquez.

Mir muncul pelumba pertama Suzuki mendahului kejohanan dunia sejak Kenny Roberts Jr pada 2000.

“Saya tidak akan mengubah apa-apa menjelang perlumbaan, itu yang pasti. Saya akan terus bekerja keras dari satu perlumbaan ke satu perlumbaan, cuba mendapatkan sebanyak mata yang mungkin dan meraih kejayaan pada setiap GP,’’ katanya merujuk kepada perlumbaan hujung minggu ini di litar sama, Motorland Aragon.

“Kemudian pada perlumbaan terakhir, kami akan lihat kejuaraan dan lihat di mana kami berada.’’

Dengan berbaki empat perlumbaan, pada 15 mata, Mir dengan Quartararo Yamaha, yang mempunyai tiga kemenangan perlumbaan dari acara Sepanyol, Andalucian dan Catalunya, dan Maverick Vinales serta Andrea Dovizioso dari Ducati.

Vinales, di Emilio Romagna, dan Dovizioso, di Austria, kedua-duanya juga memenangi perlumbaan pada tahun 2020. – AFP