Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mira Rajput rengsa gelaran star wife

    Walaupun bersuamikan aktor Shahid Kapoor, namun Mira Rajput sebetulnya lebih dikenali sebagai seorang pempengaruh dan YouTuber.

    Malah dia juga banyak menghasilkan kandungan-kandungan mengenai matlamat dalam perhubungan dan percintaan. Namun, dalam satu temu bual baru-baru ini, Mira mendedahkan bahawa dia berasa rengsa apabila media sering menggunakan terma star wife dan star kids untuk melabelkan isteri dan anak-anak kepada seseorang aktor.

    “Saya tidak pernah faham dengan konsep star wife? Apa maksudnya? Dan apabila ia digunakan pada kanak-kanak dan melabelnya star kids, orang tidak suka mendengarnya dan akan mengaitkan dengan hal nepotistik dan semua itu.

    “Kita memiliki aktor atau selebriti yang mempunyai isteri atau suami, tetapi kepada dia tiada siapa yang menggunakan istilah star husband? Kenapa adanya star wife,” soalnya.

    Sehubungan itu, Mira berpendapat istilah star wife dan star kids itu sebagai suatu penghinaan dan ia harus diharamkan dan digugurkan sepenuhnya.

    Mira Rajput dan Shahid Kapoor mendirikan rumah tangga dalam satu majlis perkahwinan tertutup di Gurgaon, Delhi pada Julai 2015.

    Sepanjang tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pasangan ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Misha dan Zayn. – Agensi

    Mira berpendapat istilah star wife dan star kids itu sebagai suatu penghinaan dan ia harus diharamkan dan digugurkan sepenuhnya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda