Friday, November 8, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mira teruja beraya dengan anak

    Kehadiran permata hati yang bakal menginjak usia setahun, cukup menjadikan pelakon, Mira Filzah teruja meraikan Syawal.

    Keletah anaknya, Wan Khair Amir membuatkan Mira dan suami, Wan Emir Astar seronok meraikan Aidilfitri bersama keluarga dan sanak-saudara.

    Mira atau nama sebenar, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 30, mengambil cuti dua bulan daripada sebarang aktiviti seni bagi meraikan Syawal.

    “Ini Syawal pertama saya raikan bersama anak. Pada Hari Raya tahun lalu, saya masih mengandung. Jadi, tahun ini saya lebih teruja beraya dengan anak.

    “Kalau boleh saya mahu luangkan lebih banyak masa bersama anak. Ramadan lalu, jadual saya sangat padat. Saya habiskan penggambaran drama selama dua bulan.

    Mira bersama suami, Wan Emir dan anak mereka, Wan Khair. – Agensi

    “Disebabkan itu, saya dan suami merancang membawa anak kami bersiar-siar. Insya-Allah, kami pergi selepas Aidilfitri.

    “Kemungkinan bulan depan atau Jun. Hari lahir anak saya, bulan depan. Alang-alang kami raikan ulang tahun kelahirannya yang pertama kelak,” katanya kepada BH Online.

    Mira juga tidak sabar pulang ke Perak untuk bertemu datuk dan neneknya.

    “Syawal pertama kami beraya di Kuala Lumpur. Mungkin hari ini atau esok, kami akan pergi ke Perak.

    “Balik kampung adalah sesuatu yang sangat saya nanti-nantikan. Inilah masanya untuk kita berjumpa semua orang, terutama sanak-saudara yang menetap jauh,” katanya.

    Mira bernikah dengan Wan Emir pada 3 September 2020. Permata hati mereka, Wan Khair Amir dilahirkan pada 10 Mei tahun lalu. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda