Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mirallas pindah ke Olympiakos

    PIRAEUS, Greece, 7 Jan – Juara bertahan liga Greece, Olympiakos telah membuat pengumuman pada sabtu bahawa mereka telah mencapai persetujuan dengan pasukan England, Everton untuk meminjamkan permain sayap antarabangsa Belgium, Kevin Mirallas.

    Tidak ada butiran kesepakatan yang telah diumumkan oleh kelab itu tetapi media Geece melaporkan Everton akan meminjamkan pemain yang berusia 30 tahun itu selama enam bulan dengan bayaran 3 juta euro.

    Mirallas yang pernah bermain dua musim untuk Olympiakos (2010-2012) telah membuat kemunculannya dalam 52 perlawanan, mencetak 34 gol dan memimpin kelab Greece itu ke dua gelaran juara liga.

    Dia adalah penjaring terbanyak dalam Liga Super Greece semasa musim 2011-2012 dengan 20 gol.

    Mirallas telah berada di Everton sejak tahun 2012 dan telah bermain dalam 151 perlawanan dan berjaya mencetak 29 gol. Dia juga bermain untuk pasukan Perancis Saint-Etienne (2008-2010) dan Lille (2004-2008).

    Mirallas mempunyai 56 penampilan dengan pasukan kebangsaan Belgium menjaringkan 10 gol. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda