MUKAH – Berasal dari Kampung Telian, Mukah, sebuah perkampungan Melanau, batik linut kini dalam usaha diperkenalkan ke pentas antarabangsa menerusi bandar raya Miri. Pengarah Urusan Lamin Dana Sdn Bhd, Diana Rose berkata Miri dipilih untuk mempromosikan tekstil unik yang menggunakan tepung rumbia (linut) sebagai bahan pencorak itu, adalah keputusan berasaskan ekonomi memandangkan bandar raya kosmopolitan tersebut