Friday, May 9, 2025
31.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Misha Omar kongsi petua kurus

    PENYANYI Misha Omar yang kini merupakan pengacara bagi program Bintang RTM 2018 bersama Aqasha dilihat semakin langsing.

    Rupa-rupanya dia melebarkan sayap dalam bidang perniagaan dengan mengeluarkan produk menurunkan berat badan sendiri.

    Produk itu inspirasi daripada pengalaman sukar menurunkan berat badan selepas bersalin hampir dua tahun lalu.

    “Selepas melahirkan Muhammad Idris Ezzwa, saya memang sukar untuk menurunkan berat badan ditambah pula dengan cabaran pelbagai makanan enak yang ada di dalam negara kita.

    “Jadi ada rakan-rakan mencadangkan saya pergi detox di klinik detox dan prosesnya sangat mahal.

    Misha Omar merupakan pengacara bagi program Bintang RTM 2018.

    “Sehinggalah saya berjumpa dengan produk ini dan menjadikan diri sebagai bahan eksperimen. Alhamdulillah dalam masa dua bulan, saya berjaya menurunkan berat badan dari 62 kilogram kepada 54kg.

    “Saya menggabungkan tiga perkara semasa menurunkan berat badan iaitu bersenam tiga jam seminggu, makan makanan yang seimbang dan minum air tiga liter sehari serta detox.

    “Produk ini juga selamat digunakan dan tidak mudah menyebabkan berat kita naik,” katanya mengenai produk Apple Fiber by Misha Omar ini.

    Selain itu, Misha juga turut merakamkan perasaan terharunya apabila dilamar oleh TV3, menjadi mentor.

    “Saya rasa bertuah apabila TV3 memilih saya sebagai mentor.  Inilah masa untuk saya berkongsi secebis pengalaman selama 16 tahun berada di dalam industri ini,” ujarnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda