Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Misha selar sikap warganet jadi batu api

    Niat asal hanya berkongsi bakat dan menyatakan sokongan terhadap usaha rakan artis apabila memuat naik video yang menampilkannya mendendangkan semula lagu nyanyian mereka di laman sosial.

    Namun, apa yang terjadi pula sebaliknya apabila nama penyanyi, Misha Omar (gambar bawah) diheret kepada kontroversi yang sengaja dicipta oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

    Perasaan amarah, kesal dan kecewa bercampur baur dalam jiwa Misha sebaik sahaja membaca komen ditulis warganet dalam video berkenaan. Jauh dalam hati tertanya-tanya, mengapa perlu mengaitkan nama penyanyi lain dan mewujudkan perbandingan dengan penyanyi asal setiap kali video dimuat naik.

    Enggan terus dipersalahkan dan mahu menghentikan budaya tidak sihat, penghibur bervokal hebat itu tampil membuat teguran menerusi video siaran langsung menerusi laman Instagram, baru-baru ini.

    Mengulas lanjut tindakannya, Misha berkata, dia mempunyai hak untuk berbuat demikian demi mempertahankan reputasi dan menjaga hubungan de-ngan mereka di sekelilingnya.

    “Saya ada terbaca komen yang buat perasaan tersentak ketika melihat ruang komentar video berkenaan. Saya tak faham mengapa nama saya sering dikaitkan dengan penyanyi lain, tak kiralah sama ada penyanyi senior atau junior. Saya tak suka dibayangi sesiapa.

    “Saya tak kisah jika mereka kutuk atau tak suka dengan cara nyanyian saya. Saya boleh terima, masih ada ruang untuk diperbaiki. Tetapi, apabila mereka mula membandingkan dan mengeluarkan kenyataan kononnya nyanyian saya lebih baik daripada penyanyi asal, itu satu cubaan untuk melaga-lagakan kami.

    “Lagipun, saya bimbang, ia boleh mempengaruhi mereka yang tidak mengenali saya dan menyangka semua dakwaan ini benar.

    “Jika perkara negatif tidak dihentikan segera, ia boleh mempengaruhi mereka yang tidak mengenali saya secara peribadi dan menyangkakan semua dakwaan ini benar. Selama ini, orang selalu cakap artis tidak beradab. Justeru, saya merasakan perlu untuk saya ‘sekolahkan’ mereka,” luahnya kepada media. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda