Wednesday, April 23, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Misi Algeria pertahan gelaran juara AFCON berakhir

    DOUALA, 21 JAN – Juara bertahan, Algeria disingkirkan dari Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) selepas tewas teruk 3-1 menentang Ivory Coast ketika peringkat kumpulan berakhir kelmarin dengan Tunisia, Equatorial Guinea dan pasukan kerdil, Comoros telah berjaya mengesahkan tempat di kelompok 16 terakhir.

    Franck Kessie, Ibrahim Sangare dan pemain Arsenal, Nicolas Pepe masing-masing berjaya menjaringkan gol untuk meletakkan Ivory Coast 3-0 menentang Algeria di ibu kota Cameroon, Douala, sebelum bintang Manchester City, Riyad Mahrez terlepas peluang sepakan penalti untuk juara 2019 itu.

    Sofiane Bendebka akhirnya berjaya merapatkan kedudukan dengan gol pertama mereka sejak mereka berada di kejuaraan tahun ini, tetapi terlambat untuk pasukan Djamel Belmadi. – AFP

    Aksi Nicolas Pepe (kiri) dicabar oleh Ramy Bensebaini semasa perlawanan Kumpulan E Piala Negara-Negara Afrika 2021 antara Ivory Coast dan Algeria di Stade de Japoma di Douala, 20 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda