Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Misi balas dendam KL City punah

    KUALA LUMPUR, 7 APRIL – Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan momentum kemenangan tiga kali berturut-turut dalam saingan Liga Super selepas menewaskan Kuala Lumpur City FC 3-0, malam ini.

    Skuad Harimau Selatan yang bertandang ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras mendahului pada minit ke-18 menerusi jaringan Fernando Frontieri, menjadikan kedudukan kekal 1-0 hingga tamat babak pertama perlawanan.

    Beralih pada babak kedua, skuad City Boys yang buntu tanpa jaringan dihukum bermain dengan hanya 10 pemain selepas D Kenny Pallraj dilayangkan kad kuning kedua kerana mengasari Leandro Velazquez.

    JDT memperoleh gol kedua menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Bergson da Silva pada minit ke-81 sebelum menoktahkan kemenangan dengan gol ketiga yang dijaringkan oleh Bergson pada masa tambahan.

    Sementara itu, satu lagi aksi Liga Super berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, pasukan tuan rumah Petaling Jaya City FC meraih mata penuh selepas mengecewakan Terengganu FC 3-0. 

    Daren Lok muncul sebagai penjaring berbisa buat PJ City selepas mencetak jaringan hatrik pada minit ke-12, minit ke-31 dan minit ke-38 untuk selesa mendominasi permainan.

    Manakala di Kedah, pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berjaya memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri selepas menewaskan Sri Pahang FC 1-0 dalam aksi di Stadium Darul Aman, Alor Star. – Bernama

    Reaksi Pemain JDT, Fernando Martin Forestiera meraikan jaringannya ketika menentang Kuala Lumpur City FC pada saingan Liga Super 2022 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...