Saturday, November 16, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Misi berjalan kaki di angkasa lepas pertama bermula

    CAPE CANAVERAL, 12 SEPT – Seorang jutawan melangkah keluar untuk misi berjalan kaki secara persendirian pertama hari ini, bergabung dengan SpaceX dalam misi ratusan ribu meter (m) di atas bumi.

    Usahawan teknologi, Jared Isaacman, berserta kru menunggu sehingga kapsul mereka dinyahmampat sebelum membuka pintu. Isaacman muncul dahulu, menyertai kumpulan kecil elit pejalan kaki angkasa.

    “Di rumah, kami semua mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan. Tetapi dari sini, ia pasti kelihatan seperti dunia yang sempurna,” kata Isaacman.

    Misi berjalan kaki angkasa komersial itu menjadi tumpuan utama penerbangan lima hari yang dibiayai oleh syarikat Isaacman dan Elon Musk, dan kemuncak usaha yang dilakukan selama bertahun-tahun itu menjurus ke arah misi akhir di Marikh dan planet lain.

    Keempat-empat kru itu memakai sut spacewalking baharu SpaceX untuk melindungi diri mereka daripada ruang tanpa udara yang teruk. Mereka telah dilancarkan pada Selasa lalu dari Florida.

    Gambar menunjukkan misi berjalan kaki di angkasa lepas secara persendirian yang pertama diketuai oleh Isaacman pada 12 September. – AP

    Ujian berjalan kaki di angkasa lepas yang pertama ini, dijangka berlangsung hampir dua jam, melibatkan lebih banyak regangan daripada berjalan. Isaacman memegang tangan atau kakinya sepanjang masa sambil membengkokkan tangan dan kakinya untuk melihat bagaimana pakaian angkasa lepas itu bertahan. Pintu kapsul mempunyai struktur seperti walker untuk sokongan tambahan.

    Selepas kira-kira 15 minit di luar, Isaacman telah digantikan oleh jurutera SpaceX, Sarah Gillis, untuk melakukan gerakan yang sama. Gillis dalam keadaan terhuyung-hayang keluar dari kapsul, sambil memusingkan tangannya dan menghantar laporan kembali ke tempat kawalan misi.

    Setiap seorang dilengkapi dengan penambat 3.6m tetapi tidak digunakan se-perti mana yang dilakukan di Stesen Angkasa Antarabangsa, di mana angkasawan secara rutin terapung untuk melakukan penyesuaian di orbit.

    Semakin ramai kru yang kaya telah mengeluarkan sejumlah besar wang untuk perjalanan menaiki roket persendirian bagi merasai pengalaman berada di angkasa lepas.

    Ini termasuk mereka yang telah membelanjakan berpuluh juta untuk tinggal di angkasa selama beberapa hari bahkan minggu. Pakar angkasa lepas dan penganalisis risiko berkata tidak dapat dielakkan sesetengah orang akan mencari keseronokan berjalan di angkasa lepas walaupun ia dianggap sebagai salah satu aktiviti paling berbahaya dalam misi angkasa lepas. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda