Monday, May 6, 2024
30.5 C
Brunei

    -

    Misi flotila ke Gaza ditangguhkan ke 26 April

    ISTANBUL, 23 APRIL – Misi pelayaran ‘Break The Siege: Freedom Flotilla Mission To Gaza 2024’ sekali lagi terpaksa ditunda ke tarikh baharu, 26 April (Jumaat).

    Menurut Ahli Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Ann Wright, ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat. 

    Perkara itu diumumkan Wright menerusi taklimat harian kepada semua delegasi terlibat di Istanbul, Turkiye pada petang kelmarin. 

    Terdahulu, Kerajaan Turkiye pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan dilaporkan terus dilobi beberapa negara kuasa besar bagi membatalkan misi Break the Siege: Freedom Flotilla Mission to Gaza 2024 yang dijadualkan berlepas pada hari ini. 

    18 warga Malaysia ketika ini menyertai masyarakat awam antarabangsa untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza melalui jalan laut dengan menaiki flotila berikutan situasi kemanusiaan yang teruk di rantau itu.

    Mereka terdiri daripada doktor, aktivis kemanusiaan dan pengamal media.

    Aktivis dari 30 negara termasuk Malaysia itu kini berkumpul di Istanbul sejak 18 April untuk persiapan akhir sempena misi ‘Break the Siege: Freedom Flotilla Mission to Gaza 2024’ itu. – Bernama

    Sebuah kapal Freedom Flotilla Coalition berlabuh di pelabuhan Tuzla di Istanbul, Turkiye, pada 19 April 2024. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...