Friday, November 29, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Misi harumkan nama negara

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mac – Pasukan Negara Brunei Darussalam akan berentap dalam kelayakan bagi Kejohanan AFC Bawah-23 tahun Thailand 2020 bermula 22 hingga 26 Mac yang berlangsung di Hanoi, Vietnam.

    Pasukan negara yang tersenarai dalam Kumpulan K akan memulakan kempen kelayakan menentang pemenang kedua 2018, Vietnam dan pada 24 Mac, pasukan negara akan berdepan Thailand dan perlawanan menentang Indonesia pada 26 Mac.

    Diterajui oleh ketua jurulatih, Stephen Ng, skuad negara dibarisi oleh lima pemain yang diserap masuk daripada Pasukan DPMM FC dan DPMM FC Bawah-19 tahun.

    Antara pemain yang diserap masuk daripada Pasukan DPMM FC ialah Haimie Nyaring, Mohd Ishyra Asmin Mohd Jabidi, Mohd Wafi bin Aminuddin, Mohd Hanif Hamir dan Mohd Azim Izamuddin bin Haji Suhaimi.

    Lima pemain daripada Pasukan DPMM FC Bawah-19 tahun ialah Abdul Mutalip bin Haji Mohammad, Mohd Salleh @ Abdul Salam bin Hamzah, Muhd Haziq Kasyful Azim bin Mohd Hasimulabdillah, Muhd Hanif Farhan bin Azman dan Muhd Nazif Safwan bin Jaini.

    Sementara itu, Pasukan Kasuka FC diwakili Mohd Martin Haddy Haji Khallidden, Muhd Rahimin bin Abdul Ghani, Mohammad Amin bin Haji Sisa dan Abdul Hariz Herman.

    Manakala dua pemain Wijaya FC yang diserap masuk adalah Mohd Nur Aiman bin Alimin dan Haji Mohd Abdul Syakir bin Haji Basri dan dua pemain Indera SC iaitu Ridwan bin Nokman dan Mohd Naziruddin bin Haji Ismail.

    Empat orang pemain lain yang turut tersenarai dalam skuad kebangsaan ialah Awangku Mohd Alimuddin bin Pengiran Jamaluddin (Jerudong FC), Mohd Nur Assyraffahmi bin Norsam (Kota Ranger FC), Norshahbudin (IKLS FC) dan Awangku Mohd Nazrem Eskandar (Seri Wira FC).

    Dalam kelayakan tersebut, juara kumpulan dan empat pasukan nombor dua kumpulan akan menempah slot untuk kejohanan tahun depan dengan sebanyak 16 pasukan Asia bersaing untuk merangkul trofi.

    Pasukan Negara Brunei Darussalam bergambar ramai sebelum berlepas ke Hanoi, Vietnam.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda