Tuesday, April 22, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Misi harumkan nama negara

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JULAI – Kontinjen Negara Brunei Darussalam menyertai kontinjen negara kain dari seluruh dunia dalam upacara pembukaan Sukan Olimpik di tengah wabak COVID-19 yang berlangsung di Stadium Olimpik di Tokyo, Jepun hari ini.

    Atlet renang negara, Muhammad Isa bin Ahmad dipilih sebagai pembawa bendera negara semasa acara Parade of Nations.

    Dia akan menjadi atlet renang kedua yang mewakili negara dalam acara renang di Sukan Olimpik sejak Anderson Lim di London pada tahun 2012.

    Muhammad Isa, yang merupakan atlet pertama yang meninggalkan negara Ahad lalu, akan bertanding dalam acara 100m kuak dada di Pusat Akuatik Tokyo esok (24 Julai).

    Rakan senegaranya, Mohd Noor Firdaus Ar-Rasyid bin Haji Mohd Idris akan mengambil bahagian dalam acara pecut 200m.

    Perenang berusia 23 tahun itu akan bersaing dengan perenang Samoa Amerika, Micah Masei dan Amini Fonua dari Tonga.

    Muhammad Isa akan berusaha untuk mengatasi rekod kebangsaannya dengan catatan masa 29.87 saat semasa Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-30 di New Clark City Aquatics Center di Capas, Tarlac, Filipina pada bulan Disember 2019.

    Pemegang rekod dunia Britain, Adam Peaty muncul sebagai atlet pilihan untuk memenangi emas kedua berturut-turut.

    Brunei telah menjadi pesaing aktif dalam acara quadrennial sejak menghantar atlet pertama semasa Sukan Olimpik 1996 di Atlanta, Amerika Syarikat.

    Pertandingan pelbagai sukan yang berprestij sepatutnya diadakan pada musim panas lalu tetapi ditunda 12 bulan kemudian kerana wabak COVID-19.

    Muhammad Isa semasa berada di Pusat Akuatik Tokyo, di Stadium Olimpik, Jepun.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda