Misi hidup mati Sepanyol

MADRID, 22 JUN – Sepanyol bakal berdepan tekanan dalam perlawanan akhir peringkat kumpulan mereka menentang Slovakia, Khamis ini dengan pasukan kendalian Luis Enrique perlu melakar kemenangan bagi menjamin tempat ke pusingan 16 terbaik di Euro 2020.

Selepas ketiadaan Sergio Ramos, Enrique tampak dibayangi persoalan mengenai kurangnya karakter kepemimpinan dalam skuad mudanya.

Permulaan baik menentang Sweden, namun permainan tampak goyah pada babak kedua dengan mereka terlepas peluang meledak jaringan menerusi sepakan penalti, sekali gus menyaksikan Sepanyol seakan hilang kemampuan untuk beraksi dalam situasi genting.

“Negara ini pernah memenangi Euro dan Piala Dunia, tetapi dalam skuad ini, ramai tenaga muda,” kata pertahanan Sepanyol, Cesar Azpilicueta.

“Terdapat beberapa kapten dalam pasukan kami, kami tahu bagaimana untuk bertindak dan setiap pemain akan memberikan yang terbaik pada Rabu ini (Khamis).”

Kapten, Sergio Busquets dijangka diturunkan selepas kembali menyertai pasukan susulan keputusan ujian COVID-19 terhadap dirinya didapati negatif. – AFP

Reaksi Enrique semasa menyaksikan perlawanan dalam kumpulan E antara Sepanyol dan Poland di Stadium La Cartuja, Seville pada 19 Jun. – AP