BEIJING, 25 APRIL – Kerja membangunkan pelbagai peralatan untuk misi pendaratan manusia di Bulan menjelang 2030 sedang giat dilaksanakan seperti dirancang,
menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).
Naib Pengarah CMSA, Lin Xiqiang berkata pengeluaran dan sesi ujian prototaip peralatan utama termasuk roket pembawa Long March 10, kapal angkasa bermanusia Mengzhou, alat pendarat Lanyue dan sut angkasawan digerakkan dengan lancar.
Menurutnya, angkasawan yang akan terlibat dalam misi berkenaan perlu menguasai pelbagai kemahiran antaranya mengendalikan kapal angkasa Mengzhou dan alat pendarat Lanyue ketika keadaan normal dan kecemasan, keluar masuk kabin, berjalan di Bulan yang hanya mempunyai seperenam graviti Bumi, mengawal kenderaan perayau secara jarak jauh, mengambil sampel dan menjalankan penyelidikan saintifik di Bulan. – Bernama