Saturday, April 19, 2025
26.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Misi mencari berdepan risiko tanah runtuh baharu

    TOKYO, 6 JULAI – Penyelamat hari ini menemui tiga lagi mayat, membawa jumlah kematian kepada tujuh orang selepas aliran lumpur dan serpihan menghentam bandar peranginan Jepun, yang berhadapan ancaman tanah runtuh baharu.

    Lebih 20 orang masih hilang dan kira-kira 2,000 penyelamat dikerahkan ke bahagian bencana Atami di mana penyelamat dan anjing-anjing mencari di dalam rumah yang musnah dan dipenuhi dengan lumpur selepas bencana pada Sabtu lalu.

    Hujan renyai-renyai juga menjejaskan kerja-kerja menyelamat dan ia membawa risiko satu lagi kejadian tanah runtuh yang boleh mengganggu operasi. “Kami akan melakukan apa sahaja yang termampu bagi menyelamatkan sebanyak mungkin nyawa,” kata Datuk Bandar Atami, Sakae Saito.

    Penyelamat menemui tiga mayat, dua orang wanita dan seorang lelaki dalam runtuhan lumpur, membawa kepada tujuh kematian keseluruhannya setakat ini, kata pegawai Atami. Sehingga lewat hari ini, lebih 20 orang masih hilang, kata pegawai wilayah Shizuoka dan bandar Atami. – AP

    Polis dan penyelamat terus melakukan usaha-usaha mencari orang hilang di Atami, tapak bencana tanah runtuh meskipun berisiko berdepan lebih banyak tanah runtuh. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda