Misi merebut semula takhta

TAHUN lepas merupakan ulang tahun ke-30 bagi siri Dragon Quest (DQ) dan beberapa permainan video dalam francais itu telah dirancang sempena perayaannya.

Malangnya Dragon Quest XI (DQXI) yang ditunggu masih belum sempurna. Kini, kekecewaan peminat setia DQ terubat dengan pengumuman Dragon Quest XI:In Search of Departed Time bakal dikeluarkan.

Selain mengekalkan sistem permainan video yang hampir sama dengan siri DQ terdahulu, DQXI juga menampilkan beberapa sistem baru bagi merancakkan lagi pengalaman bermain dan membalas kesetiaan para peminat.

Suatu kejutan hebat

Para pemain boleh menukar karakter Wira yang dimainkan dan tinggal di sebuah kampung yang aman damai bernama Ishii.

Semua remaja Ishii perlu menjalani satu upacara apabila genap berusia 16 tahun. Semasa berlangsungnya upacara itu, Wira terkejut apabila mendapat tahu bahawa dirinya adalah kelahiran semula seorang Wira lain yang pernah menyelamatkan dunia.

Antara mini games yang ditawarkan dalam Dragon Quest XI (DQXI) adalah perlumbaan kuda.
Antara mini games yang ditawarkan dalam Dragon Quest XI (DQXI) adalah perlumbaan kuda.

Kini Wira perlu mengembara ke seluruh dunia untuk mencari maklumat. Ada tanda lahir yang pelik di tangan kiri Wira dan ketika berada dalam keadaan bahaya, tanda itu akan menyala dan memberikan kuasa misteri kepada Wira.

Wira bertemu Camus di awal pengembaraannya. Biarpun Camus seorang pencuri tetapi dia baik hati dan setia. Camus akan mengajar dan menyokong Wira di sepanjang pengembaraan.

Dunia DQXI dikenali sebagai Lotozetasia dan menurut mitosnya semua kehidupan Lotozetasia juga berasal dari sepohon pokok suci yang digelar sebagai Great Tree of Life.

Pada asalnya, Wira tiba di negara Delkadal dan berjumpa dengan Raja Delkadal bagi tujuan untuk mengetahui latar asal usulnya namun malangnya Raja Delkadal menuduh Wira sebagai anak syaitan dan mencuba untuk menangkapnya.

Lalu perkara tersebut telah membuatkan Wira dan Camus menjadi buruan Raja Delkadal sehingga terpaksa mencari apakah sebenarnya yang berlaku di sebalik tuduhan itu.

Corak permainan menarik

Di sepanjang pengembaraan yang dilalui, para pemain akan bertemu dengan banyak makhluk yang berkeliaran di sekeliling dan dari situ pertarungan akan dimulakan.

Pecahkan batu besar bersinar yang terdapat di serata tempat untuk mendapatkan ores. Di samping itu pemain juga boleh menggoyangkan pokok untuk menjatuhkan buah dan item lain.

Ada empat jenis pilihan Restrictive Play dan setiap satu daripadanya memiliki keunikan yang tersendiri. Salah satu daripadanya adalah apabila para pemain tidak dibenarkan untuk membeli apa-apa barangan di kedai dan terpaksa mencari bahan untuk membuat item serta senjata sendiri.

Selain berlari dan melompat, kini Wira juga boleh memanjat ke tempat tinggi. Malah pemain juga boleh menunggang kuda ke tempat lain untuk menjimatkan masa. Kuda itu juga boleh menendang makhluk-makhluk yang berada di atas jalan.

Sistem Zone boleh diaktifkan bagi melancarkan kuasa serangan hebat.
Sistem Zone boleh diaktifkan bagi melancarkan kuasa serangan hebat.
Pemain harus bijak untuk mengatur langkah dalam melakukan tindakan untuk mematahkan sebarang  serangan dari pihak musuh dalam Dragon Quest XI (DQXI).
Pemain harus bijak untuk mengatur langkah dalam melakukan tindakan untuk mematahkan sebarang serangan dari pihak musuh dalam Dragon Quest XI (DQXI).

Semasa berada di tanah lapang pemain boleh memasang kem untuk berehat. Apabila kem sudah siap, para pemain boleh save game, menjana tahap kesihatan semula, bercakap dengan karakter lain atau membeli item dari travelling merchant.

Walaupunm dungeon mempunyai banyak item istimewa namun makhluk-makhluk di situ juga cukup kuat dan para pemain harus meningkatkan tahap kesediaan untuk bertarung dengannya.

Sistem Zone pula membolehkan kuasa karakter yang dikawal meningkat dan mampu untuk melakukan serangan yang kuat. Badan karakter juga akan menyala berwarna kebiru-biruan selepas diserang pihak lawan. Apabila sampai ke tahap yang tertentu Zone akan dapat diaktifkan.

Semasa dalam keadaan Zone, pemain boleh berganding dengan karakter lain untuk melancarkan serangan yang lebih hebat. Gandingan karakter berbeza akan menghasilkan serangan yang berlainan.

Selain mesin slot, kad poker dan roda roulette antara mini games yang ditawarkan adalah termasuk perlumbaan kuda yang setentunya menyeronokkan.

Bukan itu sahaja, pemain juga berpeluang untuk menunggang makhluk lain selepas melawannya. Setiap makhluk memiliki fungsi yang berbeza.

Apabila menunggang Skull Rider, makhluk boleh memanjat dinding dungeon, Pearlmobile juga akan melompat ke tempat yang tinggi dan Bee Ride pula memberikan peluang untuk terbang melalui kawasan di atas tasik.

Justeru, sekiranya pemain teruja untuk melalui sebuah aksi pengembaraan yang cukup menyeronokkan sambil mencari ruang untuk mengetahui latar asal usul Hero yang dimainkan jangan terlepas untuk mengalaminya sendiri dalam Dragon Quest XI (DQXI) :In Search of Departed Time yang dikeluarkan untuk pelantar Nintendo 3DS, Nintendo Switch dan PS4 oleh Square Enix dan Armor Project.