Monday, May 12, 2025
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Misi pengembaraan angkasa lepas yang penuh muslihat

    Ulasan buku oleh Raz AS

    NOVEL The Disasters karya penulisan M.K. England mengisahkan tentang Nax Hall, seorang yang sangat berbakat dalam bidang kejuruterbangan. Namun selalu membuat keputusan yang buruk dalam kehidupannya.

    Oleh yang demikian, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila Nax telah ditendang keluar dari Ellis Station Academy hanya setelah beberapa jam dia mendaftar masuk.

    Namun perjalanan Nax pulang ke bumi, telah terbantut apabila sekumpulan pengganas telah menyerang akademi tersebut. Nax bersama tiga penuntut lainnya yang juga senasib dengannya berjaya menyelamatkan diri.

    Ketiga-tiga mereka kini telah menjadi satu-satunya saksi kepada jenayah terbesar dalam sejarah pengembaraan angkasa lepas tersebut, bahkan juga menjadi kambing hitam yang paling sesuai.

    Dalam pelarian kerana dituduh atas jenayah kejam yang tidak pernah mereka lakukan, Nax bersama tiga orang lainnya dalam sebuah misi bahaya untuk menyebarkan kebenaran di sebalik apa yang sebenarnya berlaku di akademi tersebut.

    Mereka mungkin bukan calon yang sesuai untuk belajar di akademi tersebut, dan mereka juga bukanlah kawan yang baik tetapi merekalah satu-satunya harapan yang tertinggal untuk menegakkan kebenaran.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda