Thursday, February 6, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Misi perjuangan menentang musuh terbesar

    ULASAN BUKU OLEH RAZ AS

     

    DAHULUNYA dia adalah seorang remaja yang tinggal merempat, kini Magnus Chase bermastautin di hotel Valhalla dan merupakan salah seorang daripada pahlawan terpilih Odin.

    Sebagai anak kepada Frey, dewa musim panas, kesuburan dan kesihatan, Magnus bukanlah seorang yang sukakan pertarungan, namun dia mempunyai rakan-rakan yang tegas dan gagah, termasuklah Hearthstone, seorang yang berbangsa elf, Blitzen seorang dwarf dan Samirah seorang Valkyrie.

    Bersama-sama, mereka telah melakukan banyak kejayaan yang memerlukan keberanian tinggi seperti mengalahkan Fenris Wolf dan memerangi raksasa demi mendapatkan tukul Thor, Mjolnir.

    Untuk merungkai segala persoalan, dapatkanlah novel The Ship of the Dead, novel ketiga daripada siri Magnus Chase and the Gods of Asgard hasil karya penulis Rick Riordan di pasaran segera.

    Kini Magnus dan rakan-rakannya harus membuat pelayaran jauh ke sempadan Jotunheim dan Niflheim demi menumpaskan ancaman terbesar Asgard.

    Akan berjayakah mereka di dalam pengembaraan mereka kali ini? Atau ragnarok akan datang bertandang dari ufuk sana?

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda