Sunday, June 30, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Misi pertahan kejuaraan Argentina bermula

    ATLANTA, 21 JUN – Kecemerlangan hantaran Lionel Messi membantu Argentina memulakan misi mempertahankan kejuaraan Copa America, mengatasi Kanada dan permukaan padang yang buruk di Stadium Mercedes-Benz.

    Bola hantaran Messi membolehkan Julian Alvarez mencetak gol pada minit ke-49 dan pemenang Ballon d’Or lapan kali itu membantu Lautaro Martinez menjaringkan gol pada minit ke-88 dalam kemenangan 2-0 kelmarin.

    “Sudah lama kita tidak melakukan aksi ini,” kata Messi melalui penterjemah,.“Tetapi kami mempunyai kesabaran untuk mengekalkan penguasaan bola dan sukar untuk mencari ruang terbuka yang baik.”

    Argentina sedang memburu gelaran utama ketiga berturut-turut selepas memenangi Copa America 2021 dan Piala Dunia 2022. Selepas bermain tanpa sebarang jaringan pada separuh masa pertama, Argentina membuat 12 percubaan berbanding Kanada dengan tiga percubaan pada separuh masa kedua.

    Jurulatih Albiceleste, Lionel Scaloni dan penjaga gol, Emiliano Martinez mengkritik permukaan rumput yang dipasang di Stadium Mercedes-Benz yang merupakan salah satu lokasi Piala Dunia 2026.

    “Padang itu sungguh teruk,” kata Martínez. “Ia seolah-olah papan anjal dengan bola yang melompat-lompat. Mereka perlu memperbaiki perkara ini.

    “Jika tidak, Copa America akan sentiasa berada pada tahap yang lebih rendah daripada Euro.” – AP

    Aksi Messi semasa perlawanan Copa America Kumpulan A menentang Kanada di Atlanta pada 20 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...