Monday, December 23, 2024
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Misi Polaris Dawn dijadual dilancar 6 September

    WASHINGTON, 4 SEPT – Misi SpaceX Polaris Dawn, ekspedisi orbit berberapa hari yang dijangka menampilkan pejalan kaki angkasa lepas oleh orang awam biasa, kini dijadualkan untuk dilancarkan Jumaat ini, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan.

    Pelan operasi yang dikeluarkan oleh agensi itu menunjukkan pembukaan tingkap pelancaran selama empat jam pada 3:33 pagi Jumaat dari Pusat Angkasa Kennedy NASA, dengan peluang tambahan pada Sabtu dan Ahad. Syarikat Elon Musk belum lagi mengulas mengenai jadual pelancaran baharu.

    Misi yang dianjurkan oleh usahawan jutawan, Jared Isaacman, misi Polaris Dawn menyasarkan untuk mencecah ketinggian puncak 1,400 kilometer di mana ia merupakan yang tertinggi untuk mana-mana misi kru dalam lebih 50 tahun sejak program Apollo NASA.

    Acara kemuncak misi itu dijangka menyaksikan pejalan kaki angkasa pertama oleh empat anggota kru terdiri sepenuhnya daripada angkasawan bukan profesional, yang akan memakai sut aktiviti ekstravehikular (EVA) SpaceX yang baru dicipta.

    Pelancarannya telah ditangguhkan dua kali minggu lepas, pada mulanya disebabkan oleh isu teknikal berkaitan menara pelancaran dan seterusnya kerana masalah cuaca yang menjejaskan fasa pendaratan.

    Memburukkan lagi keadaan, misi SpaceX Falcon 9 yang berasingan kehilangan penggalak peringkat pertamanya, di mana ia biasanya melakukan pendaratan menegak dengan tepat di kapal dron.

    Insiden seumpama itu menyebabkan pelancarannya dihentikan sementara, setelah diberikan kepercayaan oleh NASA dan syarikat swasta untuk menghantar angkasawan dan satelit ke orbit. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda