KUMPULAN Miss A mengumumkan mereka bakal berpecah selepas tujuh tahun mencipta nama dalam bidang nyanyian.
Pembubaran kumpulan itu turut disahkan oleh syarikat pengurusan mereka iaitu JYP Entertainment.
Pengumuman itu mengejutkan peminat mereka selepas dua anggotanya, Suzy dan Fei baharu sahaja memperbaharui kontrak bersama syarikat pengurusan itu tahun lalu. Bagaimanapun perpecahan kumpulan itu sudah dijangkakan oleh pemerhati muzik Korea selepas dua ahlinya Jia dan Min meninggalkan Miss A untuk memulakan karier solo.
Miss A juga sudah lama tidak menghasilkan album baharu dan kali terakhir mereka tampil dengan lagu baharu iaitu pada 2015 menerusi Colors.