Oleh Dhil – “Kau yakin tempat ani selamat untuk berkhemah?” tanya Fakhrul sambil memandang kawasan lembah yang dikelilingi bukit-bukit tinggi. “Bah, jangan tah ingau. Orang kampung saja yang suka buat cerita karut,” jawab Irfan dengan nada yakin. “Lagipun, mana ada hantu zaman ani?” tambahnya sambil tersenyum sinis. Namun, dalam hati kecilku, aku tidak begitu yakin.