Sunday, May 4, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Misteri Kasa

    BUNYI desisan menyusup laju.Gelap. Apa yang sudah terjadi? Kakinya bergerak-gerak mahu mengejar bunyi desisan itu tetapi kakinya diam terkaku.Tidak boleh digerakkan. Pancaindera matanya pula cuba mencari-cari cahaya tetapi tiada.Gelap semata mata. Seakan-akan di alam Barzakh. Hanya pancaindera telinganya sahaja yang boleh berfungsi.Oh,bunyi desisan itu semakin dekat dan dekat. Seperti dia kenal bunyi desisan tersebut.Tadi dia tidak dapat dengar dengan baik kerana bunyi desisan itu jauh darinya.

    Ya ALLAH,kenapa jantungku kencang dengan bunyi desisan itu. Bunyi yang dekat dengan diriku dan menjadi mimpi ngeriku. Omel si pemilik jantung. Dalam kegelapan,pancaindera telinganya tidak silap mentafsir.Ya! inilah masanya.Mungkin inilah yang ALLAH mahu dia hadapi. Dia bersedia tetapi dia silap.Sang lawan merupakan makhluk ALLAH yang mengerikan.Sekali dikembangkan kepalanya,nyawa bisa melayang.

    Dia cuba mengenal pasti dari mana datangnya cahaya yang terang itu.Dan mengapa binatang berbisa tadi sudah menghilang. Cahayanya makin terang dan makin terang. “Astaghfirullahalazim” beristighfar panjang Muhammad.Mimpi rupanya. Dia meraup mukanya. Seketika,dia berfikir panjang. Apa maksud mimpinya tadi? Ular tedung berwarna hitam merenungnya tajam. Apa maksud semua itu? Toleh ke kiri.Sudah pukul tiga pagi. Mungkin ALLAH mahu mengejutkan dia untuk menunaikan solat sunat Tahajjud.

    Panjang doanya dalam istikharah yang dilakukan kali ini.Memohon petunjuk pada Yang Satu. Ting Tong! Ting Tong! Bunyi loceng menandakan ada tetamu yang hadir. Bingkas dia bangun dari duduknya lalu menuju ke ruang hadapan. Pintu dibuka. A beautiful shivering woman. Astaghfirullahalazim.Apa yang dia puji ini? “Assalammualaikum, apa yang saya boleh tolong cik?” Wanita itu mengangkat muka. Matanya! Muhammad mengecam mata itu. Tak mungkin! “Boleh saya tumpang rumah encik malam ini? Kereta saya dicuri dan saya tiada tempat untuk berteduh.”

    Mana mungkin wanita ini boleh menumpang di sini? Dia lelaki dan ini wanita. “Cik, saya pasti cik tahukan yang kita tak boleh berdua-duaan. Tak sedaplah macam ini.” Wanita itu menunduk. “Tidak apalah. Saya boleh tahan cuaca sejuk di luar ini.” Kasihan pula Muhammad dengan wanita ini. “Beginilah cik.Niat saya baik nak membantu. Cik boleh tidur di bilik tingkat atas. Saya akan tidur di sofa bawah sahaja.”

    Gambar misteri_150417

    Wanita itu tersenyum sedikit. “Terima kasih.” Malam itu, Muhammad terasa lain. Dengan kehadiran wanita yang sungguh cantik itu sedikit banyak menghadirkan debar di dalam dadanya. Bukan debaran yang membuatkan dia dilamun cinta tetapi debaran yang mengusik kerisauan di dalam hati. Hatinya tidak enak.

    Sudahlah, baik dia tidur. Esok beredarlah wanita itu. Bunyi desisan kembali lagi. Tetapi kali ini lebih kuat dan lebih dekat. Buka mata! Kau kena lawan dengan

    kehendak syaitan. “ALLAH!” jeritnya. Termengah-mengah dibuatnya. Saat itulah matanya dapat menangkap wanita itu yang sedang terbaring melingkar di atas sofa di hadapannya.Sejak bila? Musykil betul! Jam di dinding dikerlingnya. Pukul 3 pagi. Berhikmah rupanya. Seusai solat sunat, dia mencapai wasiat Almarhum ayahnya Haji Tajuddin.

    Diusap-usap wasiat itu. Ayah, Muhammad akan jaga harta ayah dengan baik. Tika itulah dia terperasan seperti ada lipatan pada wasiat itu. Dikopeknya lipatan itu. Terkejut! wasiat itu terbahagi pada dua. Menjadi semakin menipis. Dua wasiat! Bukan satu wasiat. Satu itu yang dibacakan oleh peguam keluarganya. Satu lagi adalah lukisan. Lukisan itu bercerita. Ada harta karun yang terang bersinar kekuningan. Di sebelahnya pula ada seekor ular tedung. Ular tedung! Berwarna hitam pula. Sama seperti yang dimimpikannya.

    “Encik buat apa itu?” teguran mengejut. Muhammad terus menyembunyikan wasiat tersebut di bawah sejadah. “Baru selesai solat sunat. Cik tak tidur lagi ke? Hari sudah larut malam.” Bukankah wanita itu tadi sedang terbongkang tidur di atas sofa? “Tidak boleh tidur.Terasa rindu.” “Rindu?” “Rindu pada enciklah.” Merah menyala muka Muhammad. Mungkin inilah yang dipanggil dugaan dengan wanita. Nak-nak pula yang manja sebegini. “Mengarut sajalah cik ini.” Hendak menapis perasaan malu dan hairan.Wanita itu hanya tertawa sambil mengusik-usik rambutnya yang panjang sehingga ke paras pinggang.

    Cantik sekali! Minda nakalnya tersenyum. “Eh,saya ini dahlah menumpang rumah encik nama encik pun saya tidak tahu.” Pandai sekali wanita ini bermain dengan psikologi. “Nama saya Muhammad. Tidak payahlah hendak memanggil saya dengan gelaran encik itu.” “By the way, my name is Kasa.” Wanita itu memperkenalkan dirinya tanpa disuruh. Kasa? lawak benar nama wanita ini. Dia kembali fokus pada sejadah.Ingin menyambung kerja yang tertangguh. “Cik Kasa, saya mahu menunaikan solat sunat. Kalau tidak keberatan bolehlah Cik Kasa ikut serta.” Kasa menggeleng. “Tidak mengapalah. Muhammad solatlah.”

    Kali ini mimpinya datang dengan cara yang lain. Mungkin hikmah menunaikan solat istikharah dan solat sunat sebentar tadi. Ada bau harum. Bau bagaikan kasturi. Mungkinkah dia di syurga? Tidak mungkin. Yang samanya pasti ada bunyi desisan laju. Membuai kebimbangan dan jiwa. Tersentak. “Astaghfirullahalazim” dia tersedar dari tidurnya. Pukul 4 pagi.Bermakna dia hanya dapat tidur tidak lebih satu jam sahaja.

    Mimpi itu sering kali hadir.Mimpi yang sama. Bilik bawah tanah! ngeri sekali jika diingat tetapi satu bau yang mendamaikan jiwa ada di situ. Ada! adakah ada yang menanti dia di bawah tanah sana? tetapi wasiat Almarhum ayahnya tidak pernah membicarakan apa-apa pun mengenai bilik bawah tanah itu.Seketika dia mengucap panjang.Hati ingin ditenangkan. Fikiran makin kusut memikirkan misteri mimpi-mimpi yang aneh itu. Tidak boleh jadi! Dia tekad pada malam ini. Bilik bawah tanah itu mesti diterokai malam ini. Kasa tidak boleh tahu. Biarlah wanita itu. Dia tiada kaitan dengan hal wasiat Almarhum ayah.

    Jejaknya mendekati ruang tangga yang dia tidak pernah hampiri. Perlahan-lahan dia menuruni anak tangga. Nasib baik ada lampu suluh yang masih bertenaga untuk menyuluh. Berhabuk betul bilik bawah tanah ini. Sesekali dia terbatuk dek habuk yang menusuk rongga hidung. Tiba-tiba hidungnya menangkap bau yang mengasyikkan. Kasturi! Sama

    “Siapa itu?” Senyap. “Siapa itu? Jangan nak bermain-main di sini” marahnya. “Ini Kasalah Muhammad.” suluhan mengenai muka Kasa. Muhammad menghela nafas lega. “Apa yang Cik Kasa buat di sini?” tanyanya dengan nada yang agak tinggi.Hairan dan tidak gemar Kasa bisa sampai ke sini. “Muhammad marah saya ke?” pinta simpati pula si Kasa ini. “Tidaklah, cuma ini tempat persendirian keluarga saya.” Matanya memandang ke arah Kasa. Kenapa kulit Kasa seakan bersisik? “Cik Kasa ada masalah kulit ke?”

    Hah? Kasa terpinga-pinga. “Ya, saya ada masalah kulit” cakap pun sudah tidak teratur. “Arghh” tiba-tiba pula si Kasa ini menjerit. “Cik Kasa, kenapa ini?” Muhammad jadi gelabah dengan keadaan Kasa. Terjerit-jerit sambil mengerang kesakitan di atas lantai. Lampu suluh mati secara mengejut. Gelap! Tiada lagi bunyi erangan Kasa. Sunyi sepi. “Cik Kasa?” tiada sahutan. “Ssstt” bunyi desisan! Peluh jantan Muhammad mulai merembes dahsyat. Jantung dipam dengan lajunya. Selaju kereta di arena F1. Dia berlari mahu keluar dari situ tetapi bunyi pintu tertutup kuat menghentikan langkahnya. Zapp! Ada benda di belakangnya. Yang pastinya besar.

    Ya ALLAH, lindungilah aku daripada segala kejahatan di dunia. Bunyi desisan di sebelah telinganya menikam anak telinga. “Apa yang kau nak?” jeritnya. Bunyi desisan diberi sebagai jawapan.

    Inikah petunjuk wasiat almarhum ayah dan mimpi-mimpi itu? Cahaya yang hadir tanpa dipinta memenuhi ruang. Hampir terlantun jantung Muhammad dengan apa yang dia lihat ini. Sepasang mata tajam sedang merenungnya.Kepalanya kembang semangkuk dan lidahnya asyik terjelir-jelir.

    Ular tedung sama seperti mimpinya dan lukisan wasiat tersebut. Ular tedung yang besar itu mendekati Muhammad.Mengepung dirinya dengan lilitan yang longgar. Terketar-ketar lutut Muhammad. Air mata ketakutan keluar laju. “Apa yang kau nak?” Manalah haiwan boleh jawab. “Cik Kasa? Mana Cik Kasa?” dia mencari-cari Kasa tetapi tiada. Kosong.Sekelilingnya kosong. Yang ada cumalah harta karun. Matanya cuba menatap mata ular tedung tersebut. Mata itu! Dia kenal dengan mata itu. Mata Kasa! “Kasa!” panggilnya. Ular tedung tersebut terkaku sebentar.Dia menghampiri muka Muhammad.

    Bunyi desisan sahaja yang diberi. “Ya ALLAH, apa semua ini? Kasa merupakan saka.” Lilitan semakin ketat. Sesak jadinya nafas Muhammad. “Kasa, lepaskan saya” Bunyi tulang tangan Muhammad kedengaran. “ALLAH, sakitnya.” “Ini bukannya cara seekor ular tedung membunuh manusia.Ini cara seekor ular sawa,” provoke Muhammad dalam kesakitan. Lilitan dilepaskan. Tanpa dijangka, ular tedung tersebut ataupun Kasa menyusur perlahan. Banyak-banyak Muhammad beristighfar. Dia melalui pada kaki Muhammad. “ALLAH” terduduk sakit Muhammad dengan patukan Kasa.

    Kasa menyusur keluar dari bilik itu meninggalkan Muhammad. Berbuih-buih mulut Muhammad. Tiada Tuhan yang aku sembah kecuali ALLAH dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh ALLAH. Terkulai tangan Muhammad. Semoga Kau ditempatkan di tempat-tempat orang beriman. “Seorang lelaki ditemui mati dipercayai membunuh diri di dalam sebuah bilik bawah tanah rumah banglo kepunyaan Almarhum Haji Tajuddin. Identiti mangsa dikenali sebagai Muhammad bin Haji Tajuddin. Siasatan kes akan dijalankan. Autopsi juga akan dilakukan oleh pihak forensik”

    “Mampus juga kau akhirnya Muhammad. Sekarang ini tiada siapa lagi yang boleh halang aku daripada memilik harta Tajuddin,” Kamal menghisap cerut sambil menanti kedatangan sakanya. Bunyi desisan!

    “Akhirnya pulang juga kau Kasa,” ular tedung tersebut melingkar pada tangan Kamal. Jangan fikir semuanya akan berakhir dengan baik Kamal. Selaku peguam, kau patut menjalankan tugas kau dengan penuh amanah tetapi kau pecah amanah.

    Tanpa diduga, Kasa membuka mulutnya seluas-luasnya. Kamal yang masih ketawa tidak menyedari apa-apa. Meronta-ronta Kamal apabila kepalanya dikulum oleh Kasa.

    Terliuk-liuk badan Kamal kelemasan. Kasa melepaskan kepala Kamal yang berdarah banyak. Kamal mampus. Tanpa serba salah, Kasa menyusur keluar dari rumah itu. Meninggalkan tuannya. “Rumah itu memang tiada penghuni ke pak cik?” tanya Zakrul kepada pemandu teksi. “Tak ada encik. Tak silap pak cik rumah itu ada kes kematian.”

    Zakrul memandang ke rumah tersebut. Matanya tidak silap. Dia nampak ada wanita yang sedang memandang ke arahnya.

    “Tapi saya nampak ada seorang wanita dalam rumah itu pak cik?” “Kalau itu yang encik nampak,betullah itu. Itu Kasa.Kasa itu adalah saka kepada Kamal peguam terhebat pada tahun 90-an dulu.” “Saka?” menarik! “Ya encik. Saka! dengar cerita yang saka Kamal itu tidak boleh melepaskan rumah itu.Dia terlampau sayang dengan rumah itu”

    Zakrul menggangguk. Sekali lagi dia menoleh ke belakang.Dia nampak Kasa sedang tersenyum padanya. Uisy, ngerinya. Dia akan jejak kaki ke rumah itu. Bilik bawah tanah itu bersepah-sepah. Sesekali terdengar suara wanita yang sedang menangis.Kadang kala bunyi desisan sahaja yang kedengaran. Kasa sebagai manusia. Dia menyentuh harta karun milik Muhammad. “Muhammad! Kasa rindu pada Muhammad” selepas itu, dia ketawa mengilai-ilai.

    Pintu bilik bawah tanah itu berkeriuk. Terus Kasa menyembunyikan diri. “Wah, harta karun.Kaya aku. Patutlah saka itu tak nak tinggalkan rumah ini,” Zakrul menyentuh harta karun tersebut lalu diciumnya. “Tinggalkan rumah aku.” suara itu bergema.Zakrul relaks. “Wahai Cik Kasa aka saka. Aku datang sini sebab nak tengok keadaan saja. Jangan kacau aku,” Kasa marah. Dia memunculkan dirinya dalam ular tedung.

    Zakrul terkejut lalu dadanya rasa sakit. Tiba-tiba badannya jatuh terlentang. Mungkin terkejut. Kasa terus berubah bentuk. “Muhammad!” dia menyentuh muka Zakrul yang seakan Muhammad. Badan Zakrul digerak-gerakkan tetapi tiada guna kerana Zakrul sudah menemui ALLAH. “Muhammad!”

    “Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara ditemui mati di sebuah bilik bawah tanah.Dipercayai Ahmad Zakrul telah menceroboh rumah banglo lama milik Almarhum Muhammad yang telah meninggal pada tahun 1997.”

    Misteri harta karun itu tetap tidak boleh dirungkai. Siapa tidak mati terkejut kalau tiba-tiba nampak ada ular tedung. Adakah Kasa itu jin ataupun syaitan? Kenapa Kasa rindu pada Muhammad? Dan kenapa Kasa menyesal akan tindakannya mematuk Muhamad? Inilah misteri yang tidak pernah selesai sampai bila-bila.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda