Monday, May 5, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Misteri Lina

    JAM menunjukkan pukul 11.00 malam..sedang asyik dibuai mimpi..handphone ku berbunyi..aku bangun mendapatkan handphoneku di atas meja. “Lina..mak ni..”kedengaran suara mak ku di talian. “Ye mak..”aku menyahut lemah..mamai la kata kan. “Mak nak bagi tau..mak balik lambat sikit..ada hal ni..nanti mak ceritakan pada kamu..kamu tido la dulu ye..” “Baik mak”..aku memutuskan talian.. adoi.. ngantuknye.. sambung tido lah..huhu..lalu aku mendapatkan kembali bantal busukku dan sembamkan mukaku ke tilam..argh..aku mengeliat..hujan mulai turun dan membuatkan aku lagi mengantuk. “tok!tok!tok”..terbantut niatku untuk menyambung tido..aku membuka mataku.. “tok!tok!Tok!”..terdengar lagi ketukkan di tingkap bilikku..sape la plak ni..hatiku meggerutu. “Lina..mak long ni nak..bukak tingkap ni..mak long sejuk..”.. “Mak long?!!,,ye, jap Lina bukak..”, malas-malas aku bangun lalu ku selak tingkap bilikku..mataku ku gosok-gosok. “Nape mak long?ade hal ape ni?nape nangis ni mak long..masuk la dulu..jap Lina bukakkan pintu..hujan kat luar tu..”, mak long hanya mengangguk..

    Selalunya dia ceria dan sentiasa tersenyum.. selalunya bila dia jumpa aku mesti macam-macam dia tanya..tapi mak long yang berada di depanku kini lebih suka membisu dan hanya menundukkan kepalanya memandang lantai..hairan..macam-macam yang berputar di dalam otakku sekarang..mengolah kembali apa yang berlaku. “Emm..mak long, Lina nk tanya sikit..macam mana mak long datang?sape hantar?naik ape?mustahil mak long jalan kaki kan?rumah mak long kan jauh..lagipun kat luar tu hujan”, pertanyaanku masih tiada jawapan..dia hanya membisu dan terus menangis sayu, aku jadi gelisah. “Mak long ngantuk..mak long nak tido..mak long nak tido..”, jawabnya setelah lama membisu dengan tangisan sayunya.

    Aku terjaga bila tubuhku terasa sejuk sangat..bajuku lencun..ntah dari mana datangnya air membasahiku..aku berpaling ke arah mak long..ku lihat tubuhnya basah dan air menitik ke tilam dari tubuhnya..tagisannya masih kedengaran..”Hmm..mak long ni tak stop nangis lagi ke dari tadi?”, bisik hatiku..aku bangun untuk menukar pakaianku..tiba-tiba kedengaran suara emakku memangil dari luar dan pintu diketuk berulang kali..aku membuka pintu..ternyata ibuku, ayahku serta adik-adikku. “Mak lupa nak bawak kunci la Lina..kamu dah tido ke tadi?ni kenapa basah-basah ni?”, mak memandangku penuh kehairanan..begitu juga ayahku..aku tak punya jawapan untuk soalannya itu kerana aku sendiri masih bingung dengan apa yang terjadi..aku hanya mampu tersenyum sumbing. “Dah..pergi salin baju tu..ayah ada benda nak bagi tahu..”, wajah sugul ayahku membimbangkanku..

    “Lina..”, ayahku memulakan ayat dan memberi isyarat kepadaku untuk duduk di sofa slepas aku menyalin pakaianku yang basah lencun. “Ye ayah..”, aku melabuhkan punggung.. Begini..Tadi sebenarnya mak dengan ayah memang nak balik dah tapi tetiba sepupu kamu call cakap mak long kamu sakit.. so, kami terus la ke rumahnya..tapi tuhan lebih sayangkan dia..dia dah pergi dulu sebelum kami sampai..mak long kamu dah meninggal nak..ayah harap kamu bersabar ye..ayah tau kamu memang rapat dengan mak long kamu..tadi bukan nya kami tak nak bagi tahu kamu tapi tak nak kamu risau..kami ingat cuma sakit biasa jer, tak sangka pula, ayah tidak meneruskan ayatnya.

    Aku ketawa..emak dan ayahku berpandangan. “Hahahaha..ayah ngan mak ni pandai tol wat suspen..wat lawak tol la..hahaha..”, Lina masih ketawa menyangkakan mak dan ayahnya bergurau.. “Ayah,mak,mak long ade ngan Lina tadi..dia tido ngan Lina tau..dia datang tadi dalam hujan plak tu sambil nangis-nangis..Lina pun tak tau kenapa..”,

    “Kamu jangan main-main Lina..orang tu dah tak de Lina..dah meninggal..macam mana pulak kamu cakap dia ada dengan kamu?”, ayahnya masih kehairanan dan wajahnya yang serius membuatkan Lina berhenti ketawa.. “Jadi mak ngan ayah tak bergurau la ni?”,dia cuba mendapatkan kepastian. “Nak gurau apa nye benda-benda macam nih..kamu ni la..”,balas emaknya

    Wajah Lina serta merta berubah pucat, masih tidak percaya dengan apa yang didengarinya..bulu romanya terasa meremang..dia mengosok-gosok tengkuknya yang terasa sejuk..kalau betul la mak long dah tak de..jadi yang tido dengan aku tu sape?ayah dan emaknye masih kehairanan dengai perangai dan reaksi anak sulungnya itu.

    Tanpa berlengah dia berlari ke biliknya, dia mahu ayah dan emakkya tahu dia tak tipu..memang mak long nya ada dengannya tadi..tapi,tiada siapa-siapa di biliknya..Cuma tilamnya yang basah serta seutas rantai mutiara dijumpai..emaknya serta ayahnya yang membuntuti dia dari belakang hanya melihat kelakuan anak mereka yang aneh itu.

    “Oit..dengar kata ko demam seminggu masa cuti hari tu..nape eh?ko kena sampuk ke?”, Tanya Siti selepas tamat kuliah petang itu..Lina terkedu mendengar pertanyaan dari Siti itu..rantai mutira yang dikalungnya di leher di genggam. “Hmm..tak de pape pun..demam biasa jer..”, balas Lina setelah agak lama mendiamkan diri..masih segar semua kejadian itu di mindanya dan masih belum menemui jawapan atas semua kejadian yang berlaku..dia sendiri masih tidak faham apa yang berlaku. “Kalau macam tu tak pe la..risau gak aku..”,jawab Siti.

    Sedang dia ingin berlalu dari dapur, sepertinya dia terasa ada seseorang berada di tepi peti sejuk tersebut..dia melangkah kebelakang kembali..matanya meliar kearah peti sejuk..kelihatan seorang kanak-kanak yang badannya berlumuran darah memandang tajam kearahnya..tubuhnya kaku,mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu..ingin menjerit,suaranya bagai tersekat di kerongkong..budak itu hanya tersenyum..ditangannya digenggam daging mentah..Lina mengumpul segala kekuatan lalu menjerit sekuat hati..Siti berlari kearah Lina bila mendengar housemate nya itu menjerit. “Nape ni Lina?nape ko menjerit..terkejut aku..”, “Han..han..hantuuuuu..”, Lina memejam matanya sambil jari telunjuknya menunjuk kearah budak tersebut. “Ish ko ni..mana ada pape..ko ni siang-siang pon mengigau ke?mana ada hantu petang-petang macam ni..ko hantunya ada la..”, kata Siti sambil menggeleng kepalanya melihat Lina ketakutan..

    Lina membuka kembali matanya, kemudian matanya ditutup dengan kedua belah tangannya kembali..dia masih nampak budak itu memandangnya dengan senyuman sinis, Siti menariknya menuju ke ruang tamu dengan matanya masih terpejam rapat.

    “Bukak mata ko tu cepat..!”, Siti mengarah..Lina mengeleng kepala tanda tidak mahu mengikut kata Siti..akhirnya Siti menarik kedua belah tangan Lina hingga memaksa Lina membuka mata..dia memandang sekeliling..tiada apa-apa..dia mengurut dadanya tanda lega..Siti hanya memerhati gelagat temannya itu namun di otaknya berputar memikirkan apa yang berlaku tadi..apa yang dilihat oleh Lina sampai takut macam tu sekali?

    Malam itu cuma Siti dan Lina sahaja berada dirumah, manakala Ira tido di rumah kakaknya malam ini..mereka menonton televisyen bersama-sama..jam tepat menunjukkan pukul 9.00 malam. Sedang asyik melayan drama..Tiba-tiba telinga Lina menangkap satu suara merdu yang menyanyi dari arah bilik Siti.. “Hoi cik Siti oi..kalau nak tido pun, tido jela..tak payah nak nyanyi-nyayi malam-malam buta ni..memekak jerk..”, jerkah Lina dari ruang tamu..matanya masih tertumpu kepada kaca tv..senyap..hanya dengar suara dari tv sahaja..seketika kemudian, dia dapat merasai seseorang duduk disebelahnya dan dia mendengar orang itu mengeluh..

    “Amboi..aku tak bagi ko nyanyi dah tak leh nak tido ke cik Siti oi?”, kata Lina sambil matanya masih di kaca tv..pertanyaannya tiada jawapan..dia pun berpaling ke sebelah..tiada siapa pun..hatinya diburu resah..jantungnya berdengup kencang serta merta, bulu romanya meremang.

    Pintu bilik dikuak perlahan-lahan..namun hampa, telahannya salah sama sekali..Siti sudah tidur dan enak dibuai mimpi..dia berjalan keluar untuk ke ruang tamu kembali, tetapi langkahnya terhenti dimuka pintu bilik Siti..lagu itu masih tergiang-ngiang di telinganya..tiba-tiba matanya terpaku kepada seorang wanita di ruang tamu, wanita itu duduk bersimpuh dan sedang mendodoi anaknya didalam buaian..tubuh Lina menjadi kaku..di penjuru dinding, seorang budak sedang duduk dan menangis meminta perhatian ibunya..dia kenal budak itu..budak itu yang dijumpainya di tepi peti sejuk petang tadi..berbagai persoalan berputar di mindanya..dia hanya menjadi penonton..tidak tahu apa yang patut dilakukan..dia bingung dan takut..kakinya mula mengeletar.

    Lina masih tidak mengerti apa yang dilihatnya..adakah di rumah ini pernah berlaku kejadian seperti yang dilihatnya?..bayangan yang dilihatnya beransur hilang..dia terjelepuk di muka pintu bilik Siti. “Apa ko buat semalam hah?asal ko tido kat pintu bilik aku?”, Siti mula menyoal selepas abis makan tengah hari..bengap jugak minah ni..aku pengsan dia cakap aku tido..buang karan ja cakap ngan dia nih..kalau aku cerita apa yang aku nampak semalam mesti dia tak caye..ah..malas nak layan. “A’ah..aku ngantuk sangat..tak sempat nak masuk bilik aku sebab tu tido kat pintu bilik ko..”, balasku dengan nada memerli..

    “Yela..tak kuasa aku nak melayan ko..aku ada hal sikit..ko balik la dulu ek..ha, si Ira tu dia cakap dia tak balik lagi malam ni..hmm..aku balik lambat sikit tau..papai syg..”, kata Siti sambil mengenyitkan matanya dan berlalu meninggalkan Lina..Lina menuju ke tempat meletak motosikal..dia membonceng motosikalnya pulang ke rumah sewa..hmm..tinggal aku sorang lagi la ni..hari-hari kena tinggal..getus hati Lina semasa menunggang moto.

    Sejak dari kejadian dirumahnya dan dirumah sewanya itu, Lina sering melihat kejadian dan ‘benda’ aneh-aneh yang tidak dapat dilihat oleh orang lain..kadang-kadang dia nampak ada seseorang tidur disebelah Siti dan kadang-kadang dia selalu nampak susuk tubuh di penjuru-penjuru dinding, rantai mutiara misteri yang dikalungnya di leher masih menjadi tanda tanya..betul ke mak long nya yang bagi..ntah la..dia sendiri tidak tahu..

    Setiap malam dia masih nampak benda yang aneh-aneh..kadang-kadang di waktu siang pun ada..bila dia terjaga dari tido di tengah-tengah malam dia masih dapat melihat budak berlumuran darah di hujung kakinya..dia membiarkan sahaja janji budak itu tidak menggangunya. Lina keluar ke pekan hari ini dengan Siti untuk membeli barang..Lina menumpangkan Siti menaiki motonya..apabila hari hampir senja,mereka pulang ke rumah sewa mereka..dalam perjalanan..mereka berhenti di lampu isyarat menunggu lampu hijau untuk terus menunggang, dalam masa yang sama mereka bertemu dengan rakan sekelas mereka yang berada bersebelahan..namanya Afiq. “Woi Afiq..”, Lina menegur..Afiq memandang kearah mereka lalu senyum. “Amboi-amboi..bawak awek nampak?tak bagi tau pun dah ada awek..baru nak ngorat..”, kataku lagi..Afiq nampak kehairanan. “Bila pulak aku bawak awek?”, balasnya. “Tu kat belakang tu..”, aku menunjuk..

    “Ko jangan Lina..mana ada..?ko jangan nak usik aku..aku ni dah la lemah semangat..”, ujar Afiq lagi..matanya memandang ke belakang..tiada apa-apa..Siti yang menyangkakan aku hanya mahu menyakat Afiq hanya diam..lampu hijau sudah kelihatan..aku meneruskan tungganganku..mataku masih melirik kepada Afiq yang menunggang di depan..tiba-tiba..penumpang yang disangka awek Afiq terbang melayang ke pokok-pokok berhampiran..bulu romaku meremang..sejuk..patut la Afiq tak nak mengaku tadi..lucu pula dalam takut-takut..biar lah..bukannya pertama kali aku lihat..dah berulang kali..dah biasa..sampai sahaja di kawasan ladang getah..aku ternampak begitu banyak sekali kelibat manusia disitu sedang berjalan-jalan.. pelik, kan dah hampir pukul 8.00 malam,kenapa mereka masih disini.

    “Pak cik..saya nak tanya tentang penghuni rumah ni dulu..mesti pak cik tahu kan?”, pak Samad mengerutkan dahinya. “Hmm..kenapa kamu nak tahu?”, Tanya Pak Samad kembali “sebenarnya pak cik..sejak akhir-akhir ni saya selalu terjumpa dengan seorang budak, badannya berlumuran darah dan bayangan pembunuhan yang kejam dalam rumah ni..”, balasku sambil menunjukkan ke rumah sewaku. “Hmm”, pak Samad mengusap dagu..
    “Macam ni..dulu rumah ni memang ada satu keluarga yang tinggal..suaminya selalu mabuk-mabuk..satu malam, mereka bergaduh teruk hingga si suami membunuh isterinya dan kedua orang anaknya dengan kejam..”, “Owh, macam tu rupanya..”, aku mengangguk..betul la bayangan yang dia nampak selama ni.

    “Habis tu..mana lelaki tu sekarang?”, Tanya ku lagi.

    “Lelaki itu sudah dihukum gantung..”, jawab Pak Samad..aku diam seketika. “Tapi memang selalu pak cik dengar orang menangis kat rumah ni..pak cik yang menjaga dan membersihkan rumah ni tapi tak pernah pulak jumpa ‘benda-benda’ yang macam kamu cakap tadi..dengar tu ada la..”, ujar Pak Samad lagi..aku mengangguk lagi.. “Tak apa lah pak cik..terima kasih..saya masuk dula la ek..dah lewat ni..”, kataku..Pak Samad mengganguk.

    Perbincangan aku dan Pak Samad menyelesaikan kekeliruanku..aku tahu apa yang berlaku di rumah ini..hmm..tapi kenapa aku seorang sahaja yang nampak ‘mereka’?apa kaitannya mak long,rantai mutiara dan semua yang aku lihat?adakah mak long hanya mahu menghadiahkan rantai mutiara itu kepada aku?tapi bukankah mak long sudah meninggal sebelum aku berjumpa dengannya malam itu?adakah aku sahaja yang boleh melihat ‘benda-benda’ itu?itukah kelebihanku?tiada jawapan..masih menjadi tanda tanya dan misteri hingga sekarang.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda