FOREST OF LOBAYE – Bergantung di dahan-dahan pokok yang tinggi di atas tanah, Nicholas Moulin melihat melalui teropongnya ke kawasan kawanan serangga hijau zamrud yang sangat banyak.
Beberapa tempat di bawah kanopi hutan terdapatnya The African Giant Swallowtail, rama-rama terbesar yang terdapat di benua Afrika, namun masih tidak tercatat dalam sejarah saintifik dan juga beracun.
Spesies yang dikenali dalam Bahasa Latin sebagai Antimachus Papilio, ditemui pada tahun 1782. Sayap berwarna oren-coklat manakala badannya pula berwarna hitam, sangat luar biasa. Ia boleh mencapai sehingga 25 sentimeter panjang sehingga menjadikannya rama-rama terbesar di dunia.
Akan tetapi, walaupun luar biasa, tidak ada sesiapa pun yang pernah mempelajari serangga ini dengan lebih terperinci walaupun bermula sebagai ulat atau kekwa – kunci untuk memahami kitaran hayat dan umur serangga berkenaan. Berkeinginan untuk membuka kunci misteri itu, sebuah ekspedisi dari Perancis yang dibiayai secara persendirian dan berkhemah telah dijalankan di selatan Republik Afrika Tengah, di tebing Sungai Lobaye, yang mengalir seperti ular tembaga melalui hutan primer.
“Ini adalah tempat untuk penceroboh – rama-rama jantan akan datang ke sini untuk meminum garam mineral di teping sungai dan ia akan ditangkap,” kata Moulin yang sedang bergantung di ketinggian 40 meter di atas tanah.



Lakaran bentuk yang terdapat di sayap rama-rama tersebut merupakan bentuk seni yang berharga dan mampu menyediakan sumber kehidupan bagi banyak penceroboh atau pemburu. Di luar negara, spesimen Swallowtail boleh dijual sehingga 1,500 euro.
Kebanyakan rama-rama jantan akan mendiami kawasan bawah tanah akan tetapi betina pula lebih banyak hidup di atas kanopi hutan. Di situ, ia akan memakan bunga yang terdedah kepada cahaya matahari dan agak sukar untuk dilihat. “Spesies seperti ini, sebagaimana yang lainnya, amat jarang untuk dilihat,” kata ahli sains, Senior Ekspedisi, Entomolog Philippe Annoyer. Akan tetapi sejauh mana kejarangan rama-rama ini terus dipersoalkan.
P.Antimachus begitu sukar untuk difahami berikutan data yang tidak mencukupi bagi menentukan status pemuliharaannya. “Butir-butir yang kita ada sejak tahun 1960an dan terdiri daripada separuh halaman dalam jurnal saintifik,” kata Annoyer.
Beracun
Penyelidik membuat spekulasi bahawa rama-rama raksasa ini berkemungkinan mendapat racunnya semasa ia dalam bentuk ulat yang memakan daun Strophanthus – yang tumbuh mekar di pokok-pokok hutan dan mempunyai bunga-bunga yang terang.
Pasukan itu turut merancang untuk menetapkan jenis bunga di kanopi hutan dengan bantuan dron. Kemudian, ia diharap dapat menubuhkan rangkaian yang membolehkan orang ramai bergerak di sekitar ketinggian bagi meneroka habitat rama-rama tersebut.
Dengan cara tersebut, ia akan dapat mencari ulat P.Antimachus – walau tidak ada sesiapa yang tahu bagaimana bentuk ulat berkenaan. Ketidakpastian itu tidak menghalang saintis untuk mencari dan terus mencari. Pasukan itu diberikan masa selama tiga minggu untuk belajar habitat serangga berkenaan.
Kenyataan pelik
Di sekeliling perkhemahan, keadaan hutan agak sunyi. Tidak ada tikus tanah malah tidak ada burung yang hinggap di dahan-dahan pokok.
Akan tetapi tali-tali wayar yang ditinggalkan oleh pemburu terdapat di mana-mana. Lubang di dasar sungai digali oleh pelombong emas atau berlian bagi menampung kehidupan untuk sesetengah penduduk tempatan.
Kumpulan bersenjata menguasai dua pertiga wilayah di negara tersebut dengan pergolakan ganas namun tidak pernah mengganggu wilayah hutan berkenaan – akan tetapi prospek ekonominya masih lagi tandus dan di bawah arus kemiskinan. Setiap hari dilalui dengan kekecewaan malah pasukan ekspedisi itu terus mengalami kekecewaan.
Dalam satu penemuan traumatik, tentera semut telah menemukan mereka dengan sangkarnya yang mengandungi spesimen rama-rama gergasi Afrika itu. Semut tersebut telah memakan rama-rama berkenaan dalam tempoh yang cepat, meninggalkan hanya sayap dan kaki untuk dibawa kembali ke makmal.
Harapan yang terbaik terletak pada sampel tersebut, yang dapat membantu mengenal pasti tumbuhan yang digunakan oleh rama-rama betina untuk meletakkan telurnya. Walaupun ia belum dapat dilaksanakan sepenuhnya, ekspedisi itu sekurang-kurangnya telah mendapat pandangan pertama akan keadaan hutan di mana rama-rama gergasi itu berada khususnya di tanah yang dilanda konflik berpanjangan. – AFP