Monday, December 23, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Misya elak hubungi suami ketika giliran madu

    Personaliti media sosial Misya Mazlan tidak akan berhubung dengan suaminya ketika giliran bersama madunya iaitu Marissa Dania.

    Misya atau Umisya Mazlan, 25, berkata, dia hanya akan menghubungi suaminya iaitu Ahmad Aslam sekiranya ada urusan penting.

    Jika tiada sebarang urusan, Misya lebih senang mengambil sikap tidak ambil peduli kerana bimbang Aslam berasa rimas.

    “Giliran sana (Marissa) atau giliran sini, abaikan sahaja. Lelaki ini cepat rimas. Kalau saya tidak mahu berfikir yang bukan-bukan, saya tidak akan hubungi Aslam. Itu tip saya, tidak hubungi atau tengok apa-apa. Abaikan. Tapi sekiranya saya nak keluar, saya beritahu. Kalau tak, memang saya tak hubunginya sebab tak suka kalau telefon nanti saya rasa macam nak tanya bukan-bukan,” katanya.

    Misya berkongsi perkara itu ketika melakukan siaran langsung menerusi TikTok miliknya.

    Menerusi rakaman video yang dimuat naik semula, Misya dilihat membaca komen warganet yang sering kali menyebut nama Marissa dalam sesi siaran langsung itu.

    Jelas Misya, dia mengambil tindakan untuk tidak selalu berhubung dengan suami adalah kerana untuk menjaga emosi.

    Tambahnya lagi, dia juga berasa kurang senang apabila sering dibandingkan dengan Marissa dan sedar akan kesan yang perlu diambil ketika bersetuju hidup berpoligami.

    Misya bagaimanapun terbuka untuk berkongsi pengalaman dan tip untuk hidup bermadu namun mengingatkan warganet supaya tidak menyebut nama mana-mana individu kerana bimbang berlakunya perselisihan faham.

    “Sebenarnya orang tidak faham poligami sebab itu mereka tanya saya kerana saya pernah mengalaminya. Nak tanya fasal poligami boleh tapi janganlah sebut nama-nama orang yang tak berkenaan atau pun menimbulkan pergaduhan,” katanya.

    Pada 7 Februari lalu, nama Misya dan Aslam menjadi bualan ramai apabila lelaki itu didakwa bernikah dengan anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania.

    Aslam dan Marissa didakwa bernikah di Songkhla, Thailand ketika Misya sedang mengerjakan umrah di Makkah pada 27 Disember tahun lalu.

    Untuk rekod, Misya dan Aslam mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Hud, 3, dan Nuh, 2 tahun. – Agensi

    Misya hanya menghubungi Aslam (kanan) sekiranya ada urusan penting. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda