Saturday, March 15, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mitag hampiri utara Taiwan

    BEIJING, 30 SEPT – Taufan kuat Mitag yang sedang menuju dan menghampiri utara Taiwan hari ini, membawa angin kencang dan hujan lebat, sekali gus menyebabkan beberapa penerbangan di negara itu dibatalkan.

    Amaran telah dikeluarkan di sebahagian pulau di kawasan timur dan utara, termasuk ibu kota, Taipei, di mana cuaca dijangka akan semakin teruk sepanjang malam hari ini.

    Beberapa buah sekolah dan pejabat kerajaan di Taipei dan sebahagian kawasan New Taipei City, Keelung, wilayah Yilan, Taoyuan dan wilayah Hsinchu juga telah ditutup.

    Begitu juga, amaran seumpamanya telah dikeluarkan di kawasan pesisir pulau timur dan perkhidmatan feri juga ditutup sementara.

    Semua penerbangan domestik telah digantung sementara sejak awal pagi ini dan beberapa penerbangan antarabangsa daripada lapa-ngan terbang utama di luar Taipei juga dibatalkan. – AFP

    Pemandangan umum menunjukkan bandar Keelung tatkala taufan Mitag sedang melintasi pesisir timur laut Taiwan kelmarin. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda