Monday, January 20, 2025
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mitchell bantu Cavs menang

    LOS ANGELES, 19 JAN – Donovan Mitchell menjaringkan 36 mata ketika Cleveland Cavaliers kembali beraksi dengan kemenangan 124-117 ke atas Minnesota Timberwolves, kelmarin.

    Pendahulu Eastern Conference tiba di Minneapolis selepas tewas dua daripada tiga perlawanan sebelum ini termasuk kekalahan 134-114 oleh Oklahoma City Thunder Khamis lalu.

    Bagaimanapun, selepas menyedari pasukan mereka ketinggalan 11 mata pada awal suku pertama, kelmarin, Cavaliers kembali bangkit untuk meraih kemenangan meyakinkan dan meningkat kepada 35-6.

    Mitchell sekali lagi menjadi wira, bergabung dengan Darius Garland untuk 65 mata Cavaliers. Mitchell menamatkan dengan jaringan 36 mata, lapan rebound dan tujuh assist, termasuk empat jaringan tiga mata.

    Garland menambah dengan jaringan 29 mata, termasuk lima daripada 10 jaringan tiga mata.

    Anthony Edwards mendahului Timberwolves dengan jaringan 28 mata termasuk empat jaringan tiga mata, manakala Julius Randle hampir terlepas membuat triple-double, menamatkan dengan jaringan 20 mata, 14 rebound dan sembilan assist.

    Sementara itu di Boston, Trae Young, menjaringkan 28 mata ketika Atlanta Hawks mengecewakan juara NBA Boston Celtics 119-115 dalam masa tambahan yang menyaksikan kedua-dua pasukan berganti-ganti mendahului perlawanan sebanyak 17 kali. – AFP

    Aksi Mitchell (tengah) cuba untuk melakukan jaringan sambil dihadang oleh Edwards semasa perlawanan bola keranjang NBA pada 18 Januari, di Minneapolis. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda