Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    MITI kaji tingkatkan pendapatan B40

    KUALA LUMPUR, 19 Okt – Perdagangan, termasuk e-dagang, boleh menjadi strategi yang berpotensi untuk meningkatkan pendapatan segmen isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40), terutamanya dalam kalangan golongan miskin tegar dan berisiko, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

    Timbalan Menteri Dr Ong Kian Ming berkata terdapat peluang untuk perniagaan kecil dihubungkan secara langsung kepada pasaran global.

    “Kita sering mendengar perdagangan terbuka dan globalisasi hanya memberi manfaat kepada syarikat besar, kerana yang membimbangkan ialah membenarkan syarikat besar memasuki pasaran akan menjejaskan perniagaan tempatan.

    “Tetapi membuka perdagangan rentas sempadan mempunyai naratif yang lain, iaitu mula mendapat banyak tarikan,” katanya semasa merasmikan forum End Poverty Day 2018: Piecing Together the Poverty Puzzle di sini hari ini.

    Forum setengah hari itu merupakan anjuran bersama Bank Dunia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan disokong oleh Yayasan Sejahtera.

    Ong berkata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia akan terus melaksanakan tugas untuk merapatkan jurang dan membawa perniagaan kecil tempatan kepada dunia.

    “Tujuannya di sini ialah memperkasakan mereka, walaupun di kawasan luar bandar, mengambil peluang daripada pasaran dalam talian dan rentas sempadan. Kami perlu mencari strategi untuk mengatasi jurang digital (bandar-luar bandar),” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda