Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mitrovic lonjakkan Fulham tuju kemenangan

    LONDON, 27 FEB – Aleksandar Mitrovic menjaringkan gol ke-34 di Liga kejuaraan musim ini kelmarin ketika Fulham menewaskan Cardiff 1-0 manakala Jamal Lowe meraih kemenangan lewat untuk mengejar Bournemouth.

    Gol tandukan penyerang Serbia, Mitrovic daripada hantaran lintang Harry Wilson sejurus sebelum separuh masa memberikan pasukannya kemenangan kelapan dalam 10 perlawanan liga dan mengekalkan mereka sembilan mata di depan Bournemouth dalam perebutan gelaran.

    “Kami menangani situasi dengan baik,” kata pengurus Fulham, Marco Silva.

    “Kami berjaya mengawal sebahagian besar perlawanan. Kami agak perlahan daripada yang saya mahukan tetapi kami mencipta cukup banyak, kami adalah pasukan terbaik dan berhak mendapat tiga mata.”

    Pemain sayap Bournemouth, Lowe menjaringkan gol kemenangan untuk pasukannya pada minit ke-89 selepas Dominic Solanke berjaya menyumbat gol ke-20 di Liga Kejuaraan pada musim ini enam minit sebelumnya.

    Sementara itu dalam perlawanan lain, Stoke yang mempunyai 10 pemain telah mendahului menerusi rembatan gemuruh Tommy Smith pada separuh masa pertama. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda