Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mitsubishi hulur sumbangan kepada 10 keluarga

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 APRIL – Bersempena dengan sambutan ulang tahunnya yang ke-50, Mitsubishi Corporation di Negara Brunei Darussalam telah mengadakan penyerahan sumbangan pertamanya sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada 10 keluarga yang memerlukan.

    Wakil Negara Mitsubishi Corporation untuk Negara Brunei Darussalam, Tadashi Hara dan Timbalan Pengurus Besar Pejabat Perhubungan Brunei, Sayaka Adachi juga hadir untuk mengetuai delegasi syarikat yang terdiri daripada enam orang kakitangan dan tiga orang pemandu.

    Menurut Tadashi Hara, syarikat itu telah berada di Brunei selama 50 tahun sejak permulaan projek gas asli cecair (LNG).

    “Walaupun sumbangan ini kecil, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Negara Brunei Darussalam dan rakyatnya sebagai tanda penghargaan kami,” katanya sambil menambah bahawa kutipan derma itu juga dalam semangat meraikan bulan Ramadan yang mulia.

    Tambahnya, senarai keluarga yang memerlukan itu diperoleh dari Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    “Kami benar-benar ingin mengucapkan terima kasih kepada Brunei dari lubuk hati kami.

    Berada di Brunei selama setengah abad adalah satu peristiwa penting,” tambahnya.

    ATAS & BAWAH: Tadashi Hara menyerahkan sumbangan kepada sebuah keluarga.

    Gambar ramai deligasi syarikat yang terlibat dalam menjayakan acara yang penuh berkebajikan tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda