Monday, October 21, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mitsubishi labur AS$320 juta dalam Mynt

    MANILA, 20 OKT – Syarikat gergasi Jepun, Mitsubishi Corp baru-baru ini berkata ia melabur AS$320 juta dalam Fintech Unicorn Filipina, Mynt, membeli separuh daripada saham konglomerat Ayala yang berpangkalan di Manila dalam syarikat perkhidmatan kewangan itu.

    Syarikat perdagangan terbesar Jepun itu akan membeli 50 peratus saham dalam AC Ventures Corp milik Ayala, yang mempunyai 13 peratus saham dalam Mynt, kata syarikat Filipina itu dalam satu kenyataan berasingan.

    Fintech Unicorn mempunyai nilai sekitar AS$5 bilion Ogos lalu dan memiliki GCash, perkhidmatan dompet mudah alih terbesar di Filipina.

    Mitsubishi berkata, ia menjangka Filipina mempunyai populasi tertinggi dan pertumbuhan ekonomi dalam kalangan 10 negara Persatuan Negara-negara Asia Tenggara.

    “Walaupun hanya terdapat sedikit penduduk di Filipina yang mempunyai akaun bank, akan tetapi kebanyakannya mempunyai telefon mudah alih dan akses kepada Internet, yang menjadikan Filipina pasaran menarik dengan ruang yang besar untuk pertumbuhan dalam perkhidmatan kewangan digital,” katanya dalam satu kenyataan. – AFP

    Gambar fail bertarikh 21 Mei 2004 ini menunjukkan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Corp Jepun Yoichiro Okazaki bercakap pada sidang akhbar di Tokyo. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda