Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Mitsubishi Motors sasar jualan 25,000 unit

    SHAH ALAM, 13 JAN – Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di negara ini menyasarkan untuk menjual sekurang-kurangnya 25,000 unit kenderaan pada tahun ini, meningkat kira-kira empat peratus daripada dicatatkan pada tahun lepas.

    Pada tahun lepas, syarikat itu berjaya mencatat jualan 24,017 unit kenderaan, me-ningkat sebanyak 37.3 peratus berbanding 2021. 

    Naib Presiden Kanannya, Hoffen Teh berkata bagi merancakkan lagi penjualan kenderaan Mitsubishi, pihaknya akan menambah variasi dengan mengeluarkan beberapa edisi terhad dan ‘sport edition’ bagi model Mitsubishi Xpander dan Mitsubishi Triton pada tahun ini.

    “Selain itu, kita juga akan memperbanyakkan lagi promosi seperti program pada hari ini supaya pengunjung atau bakal pembeli dapat merasai sendiri pengalaman memandu kenderaan ini. Itu yang paling utama.

    “Kita juga akan mengembangkan lagi pasaran bagi model Triton di Sabah dan Sarawak kerana mereka lebih suka menggunakan kenderaan jenis trak.

    “Bagi Xpander pula, akan lebih difokuskan di Semenanjung terutamanya Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor kerana mengikut situasi sekarang, pasarannya lebih besar di sini,” katanya ketika ditemui Bernama pada program ‘The Mitsubishi XPANDER Venture Event’ di Dataran Karnival, perkarangan Stadium Shah Alam, di sini hari ini.

    Katanya pihaknya juga akan memberi fokus kepada mengekalkan kedudukan Mitsubishi Motors di tangga ketiga dalam jualan automotif bukan nasional.

    Teh berkata untuk tahun ini, syarikat dijangka akan menambah tiga hingga lima lagi Pusat Mitsubishi Motors 3S (jualan, servis, alat ganti) di seluruh negara berbanding 55 pusat 3S yang ada ketika ini. 

    “Kita menjangka akan menempatkannya di Lembah Klang, Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) dan mungkin juga di selatan tanah air (Johor),” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...