Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JULAI – GHK Motor Sdn Bhd pengedar ternama kereta Mitsubishi pagi tadi merasmikan pelancaran barisan kereta Mitsubishi, iaitu Mitsubishi X-Force bertempat di Bilik Pameran Mitsubishi, Beribi.
Hadir merasmikan pelancaran kereta berkenaan ialah Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin bersama-sama para jemputan khas.

Secara keseluruhannya, reka bentuk X-Force menampil gaya yang lebih tahan lasak dan sportif. Daripada segi dimensi, ia berukuran 4,390mm (panjang), 1,810mm (lebar) dan 1,660mm (tinggi), dengan jarak roda 2,650m.


Model baharu ini tampil dengan gaya sporty serta agresif terutama rekaan bentuk lampu bahagian hadapan berbentuk ‘L’ sementara DRL yang terletak di bahagian bawah akan membentuk bentuk ‘T’ apabila dinyalakan.
Bahagian dalaman juga kelihatan moden dengan membawa rekaan dwi skrin, dan aura sporty yang cukup menarik perhatian.
Bahagian dalaman model ini adalah berasaskan konsep ‘Horizontal Axis’ dengan papan pemuka set rendah selain disertakan skrin selebar 12.3-inci Smartphone-link Display Audio (SDA) dan instrumen digital 8-inci berdefinisi tinggi.
Beralih kepada kuasa, ia dijana oleh enjin petrol MIVEC 4A91 1.5 liter, menghasilkan 104hp pada 6,000 rpm dan tork 141Nm pada 4,000 rpm. Walaubagaimanapun, nadi berkenaan dipadankan bersama transmisi CVT.
Bagi keselamatan, Mitsubishi Xforce 2023 dilengkapi dengan enam beg udara SRS, Adaptive Cruise Control (ACC), Forward Collision Mitigation (FCM), Automatic High Beam (AHB), Lead Car Departure Notification (LCDN), Blind Spot Warning with Lane Change Assist function (BSW/LCA) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA).
Mitsubishi XForce juga menawarkan empat mod pemanduan yang boleh disesuaikan dengan situasi kawasan atau keadaan pemanduan iaitu Normal, Gravel, Mud dan juga Wet.


