Friday, July 18, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mitsubishi XForce GLX kini dilancarkan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JUN – GHK Motors Sdn Bhd pagi tadi mengumumkan ketibaan model terbaharu Mitsubishi, iaitu XForce GLX, yang kini secara rasmi dipamerkan dan dibuka untuk tontonan orang ramai di Bilik Pameran Mitsubishi, Beribi bermula hari ini.

    Pelancaran awam ini memberikan peluang pertama kepada pelanggan untuk melihat lebih dekat SUV kompak serba baharu yang direka khas bagi gaya hidup moden di kawasan bandar. Model ini menampilkan pelbagai ciri praktikal, tahap keselamatan yang dipertingkatkan serta teknologi pintar – semuanya ditawarkan pada harga permulaan yang berpatutan.

    XForce GLX dikuasakan oleh enjin petrol 1.5L yang dipadankan dengan transmisi CVT, memberikan pemanduan yang lancar dan keyakinan semasa mengendalikan kenderaan. Model ini turut dilengkapi sistem Active Yaw Control (AYC), teknologi kawalan kestabilan canggih yang meningkatkan kawalan semasa membelok.

    Penampilan luaran tampil bergaya dengan rim aloi 17 inci, lampu LED hadapan dan belakang, lampu siang (DRL), serta antena sirip ikan yu.

    Kesediaan untuk kegunaan harian turut diperkukuh dengan cangkuk tunda hadapan dan tayar simpanan asal yang disimpan di ruang kargo.

    Mitsubishi memperkenalkan model terbaharu iaitu XForce GLX. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    XFORCE GLX juga mendapat penarafan keselamatan 5-Bintang ASEAN NCAP, disokong dengan ciri keselamatan komprehensif. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Bahagian dalaman XForce GLX yang dilancarkan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    XForce GLX juga mendapat penarafan keselamatan 5-Bintang ASEAN NCAP, disokong dengan ciri keselamatan komprehensif seperti enam beg udara, kamera undur, sistem brek anti-kunci (ABS) dengan pengagihan kuasa brek elektronik (EBD) dan banyak lagi.

    Bahagian dalaman pula direka dengan gabungan keselesaan dan teknologi moden, antaranya brek parkir elektronik dengan fungsi auto hold, tempat duduk fabrik, paparan info 4.2 inci dan lain-lain.

    Selain XForce GLX, pengunjung turut berpeluang melihat model Mitsubishi Eclipse Cross yang kini dilengkapi sistem kamera 360 darjah. Teknologi ini memberikan pandangan atas menyeluruh sekeliling kenderaan – amat berguna untuk kawasan sempit dan parkir harian.

    Kedua-dua model kini ditawarkan bersama Jaminan Berlian Mitsubishi – iaitu lima tahun atau 100,000 km, menjamin ketenangan minda, nilai jangka panjang dan keyakinan pemilikan.

    Orang ramai dijemput untuk mengunjungi Bilik Pameran Mitsubishi di Beribi, bagi merasai sendiri kehebatan dan kepraktisan model-model baharu ini. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi GHK Motors atau ikuti mereka di media sosial.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda