Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    MK K-Clique tiada niat pamer kemesraan

    Selepas lama mendiamkan diri, penyanyi MK K-Clique akhirnya tampil menjawab mengenai video tular memperlihatkan dia sedang berpimpin tangan dengan wanita dikenali sebagai Hajar Siti pada Mei lalu.

    Tiada sebarang niat menayang kemesraan secara terbuka, MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 26, menjelaskan ketika kejadian mereka sedang mengejar masa kerana sudah terlambat menghadiri jemputan majlis rumah terbuka Aidilfitri.

    “Isu pegang tangan ini sebenarnya ada sesetengah pihak salah faham. Tetapi ketika itu, dalam keadaan yang huru-hara, kelam kabut, kami dah terlambat.

    “Kami nak cepat, benda itu (berpegang tangan) berlaku secara automatik. Depan saya ada kakak, tepi ada adik-beradik saya. Nak tunjuk mesra, (kami) belum boleh mesra,” katanya kepada wartawan.

    MK berkata demikian ketika ditemui pada sidang media filem 7 Minggu Sebelum Kahwin yang diadakan di Dadi Cinema Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    MK perjelaskan isu berpegangan tangan dengan wanita dikenali sebagai Hajar Siti. – Agensi

    Sebelum ini, ramai peminat patah hati apabila melihat beberapa gambar MK dengan wanita itu yang dimuat naik di laman Instagram penyanyi itu sekitar April lalu.

    Ramai membuat spekulasi Hajar Siti adalah teman wanitanya apatah lagi MK menulis kapsyen menggunakan panggilan ‘sayang’ pada foto yang dimuat naik.

    Tidak cukup dengan itu, penularan video MK dan wanita itu memakai pakaian sedondon sambil berpegangan tangan turut menambah ‘luka’ dalam kalangan peminat.

    Sementara itu, diusik mengenai soal perkahwinan, pelakon drama The Hotel itu memberitahu akan berkongsi berita gembira itu kepada umum apabila sampai waktunya.

    “Tidak, saya tak akan diam-diam (berkahwin). Benda ini kena diuar-uarkan. Insya-Allah, jika dah sampai masa, saya akan kongsi,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda