Sebulan selepas menimang cahaya mata, penyanyi rap MK memilih nama Aya Rayana buat puteri sulungnya.
MK atau Muhammad Hairi Amin, 28, memilih nama tersebut yang mempunyai makna indah dalam Islam.
“Aya, bermaksud tanda dan bukti kebesaran Allah, al-Quran dan asal Arab. Rayana, bermaksud pintu Syurga,” katanya.
MK berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada malam kelmarin.
Menjengan ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji pemilihan nama tersebut malah ada juga yang tidak sabar mahu melihat wajah bayinya.
“Cantik nama anak, semoga membesar dengan baik sesuai dengan nama,” komen warganet.
Pada 3 Ogos lalu, MK memaklumkan isterinya iaitu Siti Hajar selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka di sebuah pusat perubatan.
Untuk rekod, MK dan Hajar mendirikan rumah tangga pada 16 Jun tahun lalu. – Agensi