Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai pertandingan menulis papan cerita (Storyboard) bagi aplikasi permainan keselamatan jalan raya bermula hari ini hingga 30 September ini, pukul 2 petang.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, di sini, hari ini, pertandingan itu bertujuan untuk memupuk budaya keselamatan jalan raya sejak kecil lagi iaitu bermula usia enam tahun melalui aplikasi permainan dalam talian.
Permainan dalam talian berkenaan akan mendedahkan dan sekali gus mendidik serta membangun budaya bagi kanak-kanak mengenai aspek-aspek keselamatan di jalan
raya.
Dengan pendedahan aspek-aspek keselamatan jalan raya itu kepada kanak-kanak adalah diharapkan mereka sendiri dapat menerapkan nilai-nilai keselamatan jalan raya bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga kepada ibu bapa serta keluarga mereka.
Hadiah bagi pemenang menulis papan cerita adalah bagi juara akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai $400 dan sijil penyertaan manakala empat peserta teratas yang lain akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai $100 dan sijil penyertaan.
Bagi mereka yang ingin untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang, http://www.mkkjr.gov.bn/storyboard dan untuk pertanyaan lanjut, mereka boleh menghantar e-mel kepada, mkkjr@mtic.gov.bn.