Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Sebagai sebahagian da-ripada acara yang dirancang bagi menyambut Hari Memperingati Mangsa-mangsa Lalu Lintas Jalan Raya Sedunia 2021, Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin, Tahlil, Doa Keselamatan, Doa Menghindari Penyakit Wabak COVID-19 dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam secara maya, kelmarin.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MKKJR, di sini, majlis itu dihasratkan untuk memohon keberkatan dan keredaan Allah SWT untuk keselamatan negara ini,
terutamanya para pengguna jalan raya supaya sentiasa diberikan perlindungan daripada kemalangan dan perkara-perkara yang tidak diingini.
Kenyataan menyatakan bahawa hadir secara maya pada majlis berkenaan ialah Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof selaku pengerusi MKKJR.
Majlis turut dihadiri secara maya oleh Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Ar Haji Marzuke bin Haji Mohsin selaku timbalan pengerusi MKKJR, ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad selaku ahli dan duta MKKJR, setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap di Kementerian
Pengangkutan dan Infokomunikasi, ahli-ahli MKKJR, pegawai-pegawai daerah, ketua-
ketua eksekutif, ketua jabatan, pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta jabatan-jabatan dan agensi pihak berkuasa di bawahnya serta pengusaha-penguasa sekolah memandu dan bas seluruh negara.
MKKJR dalam kenyataan itu, merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan keselamatan jalan raya terjaga, termasuk daripada perancangan, penyediaan dasar, penguatkuasaan, petugas kecemasan, pertubuhan bukan kerajaan dan juga orang ramai.
